Selepas terpalit kontroversi langgar SOP, Neelofa sumbang katil di hospital

Selepas terpalit kontroversi langgar SOP, Neelofa sumbang katil di hospital

Selebriti terkenal, Neelofa sering dikaitkan dengan isu kontroversi sejak kebelakangan ini.

Namun di sebalik itu, usahawan muda itu juga seorang yang pemurah dan suka membuat kebajikan.

Malah baru-baru ini Neelofa dikatakan telah menyumbang sebanyak 15 buah katil di Hospital Melaka.

WhatsApp-Image-2021-06-10-at-10

Perkara itu diketahui apabila ada netizen berkongsi kenyataan wakil Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Melaka.

“Semoga Allah memberi ganjaran amal jariah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.

“15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid 19,” kata Dr Abdul Rahman berdasarkan hantaran Facebook Aznil Hisham.

Beliau turut mengepilkan beberapa gambar katil yang disumbangkan Neelofa.

WhatsApp-Image-2021-06-10-at-10

Ini bermakna Neelofa membelanjakan kira-kira RM90,000 untuk membeli kesemua 15 katil berkenaan.

Sementara itu, dalam kenyataan Aznil pula memberitahu, Dr Abdul Rahman ada menyatakan sebelum ini ada pesakit Covid-19 terpaksa duduk di lantai hospital.

“Namun dengan takdir Allah, seorang hamba Allah menyumbang katil elektronik yang bernilai RM6, 000 sebuah. Yang diminta 10 buah katil tapi diberi 15 buah.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/06/11/neelofa-sumbang-15-katil-pesakit-covid-19-di-hospital-melaka/

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )