Pemimpin Umno makan gaji, naik kereta rasmi kerajaan, tapi mimpi lain-lain, kata BERSATU

Pemimpin Umno makan gaji, naik kereta rasmi kerajaan, tapi mimpi lain-lain, kata BERSATU

Pemimpin Bersatu, Syed Hamid Albar berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak dapat menubuhkan Majlis Presiden kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menyokongnya.

“Macam mana mahu tubuhkan Majlis Presiden sedangkan Umno dan BN tidak menyokong PN? Ini kerajaan yang dipimpin oleh PN, tapi orang Umno duduk makan gaji dalam kerajaan, naik kereta rasmi kerajaan, tetapi mimpi lain-lain.

“Jadi, saya fikir ini pelik dan unik, dan saya tak boleh salahkan sesiapa. Tapi kalau ditanya kepada saya sebagai rakyat biasa, tak boleh sebenarnya ada kerajaan macam ini,” katanya dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu berkata, apabila kerajaan berasaskan parti ditubuhkan, ahli parti itu akan dilantik menganggotai kerajaan.

Tetapi, katanya, pemimpin Umno yang tidak menganggotai kerajaan bertindak “hentam PN teruk-teruk”.

“Tidak pernah saya lihat dalam dunia ada kerajaan macam ini. Kita adalah kerajaan yang berasaskan parti, bila berasaskan parti, ahli parti itu duduk dalam kerajaan, tapi satu kaki di sebelah sini dan satu lagi kaki di sebelah sana. Jadi, dalam keadaan itu, mana ada nilai kolektif?”

Beliau bagaimanapun berkata, Bersatu atau Umno tidak boleh dipersalahkan atas keadaan itu.

“Tidak boleh salahkan Bersatu atau Umno sebab dia punya perkahwinan ini, bila mereka dah kahwin, sepatutnya tidur atas tilam sama, bantal yang sama, tapi mimpi lain-lain?

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/13/pemimpin-umno-makan-gaji-naik-kereta-rasmi-kerajaan-tapi-mimpi-lain-lain-kata-syed-hamid/

CATEGORIES

COMMENTS