Terkini! Hishammuddin buat kejutan, kritik cara kerajaan PN tangani pandemik Covid-19

Terkini! Hishammuddin buat kejutan, kritik cara kerajaan PN tangani pandemik Covid-19

Sudah lebih setahun sejak negara kita catat kes Covid-19 pertama. Dengan kelesuan pandemik kian memuncak, saya dapat lihat rakyat Malaysia semakin gelisah. Ia mudah difahami – telah lebih 450 hari sejak Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.

Saya selalu ingatkan diri saya – dalam kita terus mendepani salah satu saat paling sukar ini, kita tidak boleh biarkan emosi mengambil alih. Kekecewaan boleh membawa kepada tingkah laku yang tidak rasional.

Menulis pandangan ini sambil menjalani kuarantin di bilik saya, dan ketika negara sekali lagi dalam tempoh PKP – perasaannya sangat berbeza berbanding Mac tahun lalu. Ketika itu, secara peribadi mahupun sebagai sebuah negara, kita langsung tiada pengetahuan tentang pandemik ini. Kita biarkan ketakutan terhadap perkara yang tidak diketahui serta ketidaktentuan menguasai kita.

Tetapi kemudiannya kita bangkit. Kita cepat menyesuaikan diri dan belajar bersama-sama negara lain yang turut hadapi ketidakpastian serupa. Saya masih ingat ketika itu – keutamaan kami di Kementerian Luar Negeri adalah membawa pulang rakyat Malaysia yang kita sayangi. Kita tidak mahu biarkan mereka berdepan dengan keadaan yang penuh ketidakpastian di negara orang lain. Kita mahu mereka tempuhi pengalaman ini bersama-sama kita di tanah air – di rumah kita sendiri dan sebagai satu keluarga.

Daripada membawa pulang puluhan ribu rakyat Malaysia ke tanah air sehinggalah menumpukan usaha bagi mendapatkan keperluan asas termasuk pelitup separuh muka, ventilator dan katil hospital daripada rakan-rakan kita di seluruh dunia – saya boleh katakan bahawa bahagian tersebut telah dapat kita laksanakan dan kita mesti menumpukan kepada langkah seterusnya. Malah, di sebalik pandemik COVID-19 serta pelbagai cabarannya, hubungan Malaysia dengan negara-negara lain di seluruh dunia juga semakin teguh dan erat.

Hari ini, selepas lebih 450 hari – kita mesti melihat kembali apa yang telah kita lakukan dan memikirkan kewajarannya. Perkara yang tidak kita ketahui tahun lalu bukan lagi misteri sepenuhnya. Fokus kita sebelum ini adalah mencapai keseimbangan antara nyawa dan keperluan hidup yang mana inilah keutamaan usaha kita. Namun semakin hari, kita semakin hilang keseimbangan antara mengutamakan kesihatan awam dan kepentingan ekonomi.

Dari sudut pemerhatian saya sebagai Menteri Luar Negeri – selepas banyak berkomunikasi dengan rakan sejawat, terutama berkongsi pengalaman dan amalan terbaik negara masing-masing, saya secara ikhlas ingin membuat tiga cadangan mudah mengenai perkara yang harus kita fokuskan demi membawa kita keluar dari ‘paradoks pandemik’ ini.

Pertama, mengenai Perintah Kawalan Pergerakan. Seperti yang telah kita lakukan sebelum ini, kita harus mencari titik persamaan dalam mengimbangi kepentingan melindungi serta menyelamatkan nyawa dan membuka sektor ekonomi bagi menampung keperluan hidup.

Dengan PKP sedang dilaksanakan, sepatutnya tiada lagi perubahan dan kita mesti konsisten dengan SOP sedia ada. Perubahan yang tidak perlu dan bersifat reaktif hanya akan merencatkan semua yang telah kita capai setakat ini.

Kedua, berkaitan program vaksinasi. Rakyat Malaysia pada awalnya yakin dengan pendekatan proaktif Kerajaan dalam menetapkan pemberian vaksin secara berfasa serta keberhasilan awal mendapatkan bekalan vaksin. Tetapi kita mesti faham mengapa hari ini rakyat Malaysia menggesa pemberian vaksin dipercepatkan – bilangan kes harian yang meningkat telah menimbulkan ketakutan, kekecewaan dan keresahan.

Di sesetengah negara, kita telah lihat ketakutan ini semakin pudar setelah pemberian vaksin dipercepatkan. Di United Kingdom dan Amerika Syarikat misalnya, COVID-19 tidak lagi menimbulkan ketakutan yang sama seperti beberapa bulan yang lalu. Mereka kini telah melangkah ke hadapan dengan yakin dan positif.

Sebab itu, kita juga perlu mempertimbangkan secara serius untuk mempelbagaikan penggunaan jenis vaksin bagi meredakan kebimbangan rakyat. Setakat ini, Malaysia hanya meluluskan penggunaan Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Sedangkan, banyak negara telah meluluskan vaksin lain dalam program vaksinasi mereka. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan Johnson & Johnson, Moderna dan Sinopharm untuk kegunaan kecemasan di seluruh dunia. Pastinya mereka tidak salah.

Ya, saya faham pihak berkuasa berkaitan di negara kita perlu melakukan proses pengesahan dan penyiasatan secara teliti (due diligence). Tetapi dalam berdepan situasi tidak normal seperti hari ini, kita tidak boleh gunakan prosedur biasa. Agensi-agensi kita mesti bergerak seiring dengan badan antarabangsa – pantas dalam menetapkan kelulusan kecemasan.

Banyak rakan Malaysia di seluruh dunia turut menawarkan bantuan tetapi di sinilah birokrasi menjadi penghalang utama. Tawaran bantuan ini seharusnya diterima dengan kesungguhan dan bukannya keengganan. Ini pertimbangan antara melakukan perkara secara betul atau melaksanakan perkara yang betul. Menolak atau menerima tawaran ini turut akan beri kesan kepada kami di Kementerian Luar Negeri. Sekiranya tawaran ini tidak diterima dengan bersungguh-sungguh, ia berisiko menggugat hubungan diplomatik atau lebih teruk lagi menjejaskan integriti negara kita di pentas antarabangsa. Saya rasa ini bukan risiko yang wajar kita ambil.

Ketiga, kita perlu melaksanakan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran. Ramai ahli politik dan pakar kesihatan turut suarakan pandangan yang sama. Ujian saringan secara besar-besaran akan membolehkan kita menguji, mengenalpasti dan mengasingkan mereka yang positif dengan lebih cepat sekaligus mengupayakan kita mengurus wabak ini dengan lebih baik. Namun untuk melaksanakannya, kita perlukan perancangan sama ada untuk meningkatkan kapasiti makmal, menambah kit ujian Covid-19 atau memberi subsidi kos untuk melakukan ujian saringan.

Melangkah ke hadapan, saya yakin kombinasi cadangan-cadangan ini dapat membawa transformasi terhadap strategi pengurusan COVID-19 kita. Pendekatan bersepadu untuk kesihatan awam amat diperlukan – PKP yang ketat, tumpuan terhadap usaha vaksinasi serta ujian saringan. Hakikatnya, apabila lebih ramai dapat dikenalpasti lebih awal dan/atau sudah mendapat imunisasi, nyawa boleh dilindungi seterusnya angka kematian akan berkurang. Transisi yang sistematik inilah matlamat akhir kita. Agar rakyat Malaysia dapat kembali menjalani kehidupan seharian secara normal.

Tetapi untuk merealisasikannya, ia perlukan pendekatan menyeluruh oleh Kerajaan. Negara kita sering kali dapat diuruskan dengan baik sebelum ini. Salah satunya kerana institusi kita tidak berkompromi. Tetapi sayangnya, sistem kita yang begitu ketat juga menyebabkan kita agak tidak fleksibel ketika saat-saat sukar seperti ini. Kita sedang berperang – ini krisis yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Keadaan luar biasa ini memerlukan penyelesaian yang juga luar biasa. Apa yang kita perlukan sekarang ialah ketangkasan dalam pemerintahan, agar kita cepat menyesuaikan diri serta pantas membuat keputusan.

Tragedi terbesar bagi Malaysia ialah jika kita tidak muhasabah kesilapan dan kelemahan. Kita mesti berusaha untuk tidak mengulanginya. Sekiranya kita tidak berubah menjadi lebih baik, bagaimana kita akan berupaya menangani lebih banyak cabaran di era pasca pandemik ini? – varian dan mutasi baru, masa depan pendidikan anak-anak kita, kesihatan mental dan nasib ekonomi kita. Kita mungkin belum melihat situasi terburuk, tetapi kita tetap perlu berwaspada. Kita mesti bertekad untuk melakukan segala yang termampu dengan bekerjasama antara satu sama lain demi memerangi wabak ini.

Hishammuddin Hussein

13 Jun 2021

Sumber: https://www.gemilangdaily.com/gempar-hishamuddin-kritik-cara-kerajaan-pn-tangani-covid-19/?fbclid=IwAR2bJ1x3bkSodGA2cYasdAOW0M7Rf4Fsx0fz6_p1WVuGprCkgmzoDhaXtDU

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (29)
  • comment-avatar

    What’s Taking place i’m new to this, I stumbled upon this I’ve discovered It absolutely useful and it has aided me
    out loads. I hope to give a contribution & assist
    other users like its helped me. Great job.

  • comment-avatar
    Edwardkaf 1 month

    viagra 100mg price http://viagrabng.com/# where to buy viagra

  • comment-avatar
    WilliamAxods 1 month

    doxycycline 50mg generic doxycycline – doxycycline 50mg

  • comment-avatar
    Pedroder 1 month

    how much is viagra: viagra cost per pill – viagra from canada

  • comment-avatar
    Pedroder 1 month

    viagra amazon: viagra – buy viagra online usa

  • comment-avatar
    BryanSepay 1 month

    cause of ed ed meds online without doctor prescription – compare pharmacy prices

  • comment-avatar
    BryanSepay 1 month

    erectyle disfunction reliable canadian pharmacy – best online pharmacy for viagra

  • comment-avatar
    Williamhox 1 month

    plaquenil retinal toxicity hydroxychloroquine 200 mg price – plaquenil buy online

  • comment-avatar
    Williamhox 4 weeks

    purchase metformin online metformin purchase – metformin prescription

  • comment-avatar
    DavidLab 3 weeks

    http://ivermectinstr.com/# ivermectin 5 mg price

  • comment-avatar
    BrendanPoext 3 weeks

    treatment for ed: ed treatments – new ed treatments

  • comment-avatar
    BrendanPoext 2 weeks

    herbal ed treatment: erectile dysfunction pills – herbal ed treatment

  • comment-avatar
    Petercap 2 weeks

    viagra cost per pill buy generic 100mg viagra online – viagra from canada

  • comment-avatar

    พอสมควรรับความสบายทองคำภายในของ S คือ 5 เล่นเกมส์เกมสล็อตสมัคร คา สิ โน ปั่นโบนัส ไม่ต้องลงทุน เขาใช้กันอยู่หรับผู้ที่เล่นแล้วรางวัลโบนัสสูงสุดการชนะเดิมพันท่านมาทำซึ่งโอกาสที่ผลแบบ แต่จากแม่นยำและรูปภาพต่าง ๆ ซึ่งติดโผกันเลยการเดิมพันได้ เกม ให้หยุดจากนั้นก็เรียน จะมีค่าของการไปดูวิธีการครบตามเป้าหมาย

  • comment-avatar

    เกมส์สล็อตแตกง่าย ยิงปลา ฟุตบอล กีฬา บาคาร่าหรือ คาสิโนอื่นๆอีกมากมาย ฝาก-ถอน ได้24ช.ม ฝากไม่มีขั้นต่ำ ถอนไม่มีขั้นต่ำ เว็บรับรองมาตรฐาน ปลอดภัยแน่นอน (จ่ายจริง ไม่โกง) มีปัญหาสามารถแจ้งไลน์ ได้ตลอด แอดมิน ไม่หนี ไม่หายแน่นอน สมัครวันนี้รับสูตรสแกนฟรี ย้ำ ฟรี!!! คลิกเลย👉🏻 http://www.ipro369.com.

  • comment-avatar
    Petercap 2 weeks

    100mg viagra blue pill viagra – buy generic 100mg viagra online

  • comment-avatar

    ทำความรู้จักสล็อตค่าย PG ให้มากขึ้น – ค่ายสล็อต PG ผลิตเกมสล็อตออกมา เพื่อให้ตรงกับความต้องการผู้เล่นมากที่สุด รองรับการบริการ หลากหลายแพลตฟอร์ม ไม่ว่าจะเป็น มือถือ คอมพิวเตอร์ แท็ปเล็ต เป็นต้น อีกทั้งไม่ว่าระบบปฏิบัติการใดๆ ก็เล่นได้ จะ iOS หรือ Android เพื่อให้ผู้เล่น เลือก ได้ตามความสะดวก หลากหลายช่องทาง นอกจากนั้น ยังจับมือ ร่วมกับหลายๆเว็บไซต์ รองรับระบบฝาก ถอน ตลอด 24 ชั่วโมงอีกด้วย ไม่ว่าจะอยู่ที่ไหน เมื่อไหร่ เพียงเชื่อมต่อ อินเทอร์เน็ต ก็สามารถเข้าถึงเกมสล็อต ได้ง่ายๆแล้ว

  • comment-avatar
    WayneFem 1 week

    buy cialis now cost of tadalafil without insurance – cialis sale 20mg

  • comment-avatar
    MarioNIZ 6 days

    plaquenil buy online usa plaquenil uk – hydroxychloroquine 100 mg

  • comment-avatar

    This is a topic which is close to my heart… Take care!

    Where are your contact details though?

  • comment-avatar
    MarioNIZ 4 days

    ivermectin 6mg dosage stromectol for sale – ivermectin 6mg

  • comment-avatar

    I love perusing your site. Thanks for your time! https://gaydatingzz.com/

  • comment-avatar
    MarioNIZ 3 days

    buy cipro buy cipro online canada – ciprofloxacin order online

  • comment-avatar

    chat websites to meet people
    [url=”http://datingsitesfirst.com/?”]conservative dating[/url]

  • comment-avatar

    ก่อนเดิมพันสล็อต PG ควรทำอย่างไร – ก่อนอื่น เมื่อท่านมีเว็บไซต์ และ เกมที่ต้องการเล่นเรียบร้อยแล้ว ให้ท่านสมัครสมาชิก กับทางเว็บไซต์นั้นๆ โดยส่วนใหญ่ จะให้กรอก ชื่อ เบอร์โทร และ เลขบัญชีธนาคาร เพื่อยืนยัน และ ผูกบัญชีเข้าไว้ เพื่อรับ กรณีได้กำไร ท่านสามารถถอนเข้าบัญชีนี้ได้เลย จากนั้น ก็ทำการเติมเงินเข้าระบบของเว็บไซต์ เพื่อไว้เป็นทุน ในการเดิมพัน ท่านสามารถเติมเงินเข้าช่องทางใดก็ได้ แล้วแต่เว็บไซต์นั้นๆ ได้กำหนดช่องทางไว้

  • comment-avatar
    Williammic 2 days

    cialis 20mg aus usa order cialis with dapoxtine – canadian cialis for sale

  • comment-avatar

    free online dating
    [url=”http://datingsitesover.com/?”]fish dating site[/url]

  • comment-avatar

    รีวิวเกมสล็อต เป็นเกมยอดฮิตสุดๆแห่งปี 2020 ในกลุ่มของนักเสี่ยงโชค เนื่องจากเป็นเกมที่เล่นง่ายกติกาไม่ยาก โบนัสแจกง่าย บิ๊กแจ็กพอตแจกอย่างไม่มีจำกัดให้ทุกท่านได้เข้ามาร่วมลุ้นกัน เกมสล็อต เกมส์ที่มีของเรา ค่อนข้างจะมีเกมที่หลากหลายมากมายถึง 200 กว่าเกมให้ท่านได้เลือกสรร ซึ่งแต่ละ รีวิวเกมสล็อต ส่วนมากกติกาการเล่นจะค่อนข้างที่จะเหมือนกัน แต่ก็จะมีต่างกันคือเรื่องอัตราการจ่ายเงินเดิมพัน และ ตัวช่วยของการได้โบนัส เราจึงได้มี รีวิวเกมสล็อต ให้ทุกท่านเพื่อเป็นตัวช่วยในการเลือกเล่นเกม สมัครสมาชิก slotxo

  • comment-avatar
    Williammic 3 hours

    best prices on cialis online viagra cialis on line parmacy – generic cialis cheap

  • Disqus ( )