
Prihatin aduan penduduk, Mujahid ucap terima kasih
Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berterima kasih kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Taman Kerian Tambahan yang prihatin kepada aduan dan rungutan penduduk Taman Kerian Tambahan terhadap beberapa masalah yang mereka hadapi.
Dr Mujahid berkata, penduduk Taman Kerian Tambahan telah di arahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 6 Jun hingga 19 Jun 2021.
“ Pada peringkat awal , Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar menerima banyak aduan daripada penduduk yang tidak selesa dengan beberapa perkara menyulitkan kehidupan mereka seharian
“ Berikutan aduan penduduk, pada minggu lepas pihak kami datang berbincang dan mendengar taklimat dari Tuan Azlan Bin Che Lope, Penghulu Mukim Parit Buntar yang mengetuai Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Taman Kerian Tambahan” katanya ketika semasa menyampaikan 540 papan telur untuk disumbangkan penduduk Taman Kerian Tambahan
Turut hadir ialah Penyelaras Dun Titi Serong, Mohd Adnan Razali dan Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar, Muhammad Nakhaei Abd Wahab
Beliau bersyukur aduan penduduk ini telah diambil perhatian oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Taman Kerian Tambahan
“ Antara aduan yang banyak kami terima adalah ketiadaan barangan basah sehingga mereka keputusan bekalan untuk memasak
“ Masalah ini telah selesai apabila peniaga barangan basah dibenarkan membuat jualan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Taman Kerian Tambahan” katanya
Dr Mujahid juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai , NGO dan beberapa syarikat perniagaan yang turut membantu memberi sumbangan bagi memenuhi keperluan penduduk Taman Kerian Tambahan.
“ Terima kasih juga kepada , Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kerian, Pemuda AMANAH Parit Buntar dan Sukarelawan ARiF Parit Buntar yang bersama saya mengangkat telur untuk disampaikan kepada penduduk
“ Saya berharap penduduk Taman Kerian Tambahan dapat bersabar dan patuhi segala arahan dan SOP yang telah di tetapkan oleh KKM dan pihak berkuasa lain” katanya.