
Mengharapkan kebijaksanaan Sultan Perak, bagi menyelamatkan negara
1- Dalam siyasah , Aku tak menilai sang kayangan atau Bangsawan dari sudut Pakaian, Soal Sang kayangan atau bangsawan itu Berjubah atau berselipar, Sanggup Meredah laut atau mengayuh sampan.. Tetapi dari cara kebijaksanaan dia memerintah dan mengungkapkan sesuatu menyentuh realiti masyarakat dan Negara hari ini..
2- Itu sebabnya aku cukup menghormati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Timbalan YDP Agong hari ini… Bagaimana Sultan Perak menyelesaikan krisis di Perak dan menegur dalam titah Ucapannya bagi aku tepat kepada sasaran dan Realiti yang Berlaku dalam Politik hari ini..
3- Ketika menghadapi krisis MB di Perak, Tidak pula dia mengatakan dia terlebih dahulu memujuk Peja untuk tidak meletak jawatan.. atau tiba tiba mendakwa UMNO cukup sokongan ketika mana Zahid Hamidi sebagai Presiden parti teramai memiliki Adun di Perak mengadap dan mendakwa sudah cukup sokongan..
4- Kerana peranan Sultan atau YDP Agong itu mestilah memastikan pada hemat baginda benar benar seseorang calon MB atau PM itu mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat atau Dun..
5- Menentukan seseorang itu mendapat kepercayaan hanya dari surat sokongan Presiden Parti bukanla jaminan seseorang calon itu mendapat Sokongan dan kepercayaan Ahli dewan Rakyat.. Mahiaddin telah membuktikan pembohongan sokongan diperolehinya..Sebab itu bukan ruang lingkup dan kuasa seorang Sultan yang berada diatas Politik.. Tetapi sebagaimana Sultan Perak memberi ruang dan masa kepada semua adun dan parti Politik menyelesaikan perbezaan dan sokongan mereka..
6- Dan tidak pula seorang Sultan yang Adil seperti Sultan Perak bermudah mudah mengeluarkan Titah Murka sebagaimana kayangan diluar Negara sana.. Biarpun ketika itu ada beberapa adun PAS yang biadap tidak datang mengadap..
7- Dalam Politik hari ini, Jalan terbaik adalah membenarkan Dewan rakyat memilih seorang PM Interim, Namun yang menjadi kebimbangan tidak ada satu blok parti yang punyak sokongan yg kukuh bagi memastikan Kestabilan Negara..
8- Memandangkan dihadapan kita ini satu ancaman yang besar melibatkan wabak Covid-19 dan Ekonomi, Pilihan utama adalah Kestabilan Politik..Atas sebab itu aku menganggap idea Kerajaan Perpaduan adalah tepat..
9- Andailah yang memimpin MAGERAN itu seorang Sultan seperti Sultan Perak, Sultan Nazirn Shah, Akulah orang pertama yang menyokongnya.. Bagi aku Sultan Perak cukup layak memimpin Negara..
10- Sultan Nazrin Shah adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard…
11- Apapun.. ianya dilihat Mustahil pada ketika ini..Aku cuma mengharapkan Kebijaksanaan sekali lagi dari Majlis Raja Raja terutama Sultan Perak mengambil tindakan tegas mengantikan Kerajaan sedia ada yang terbukti gagal bagi menyelamatkan Negara.. 🙂
Ipohmali
Sumber:Â https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4275718872449870/?d=n