
Terkini! Majlis Raja-Raja titah kerajaan perlu dapat sokongan majoriti
Antara point penting di dalam kenyataan Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja ialah:
1. Raja-Raja Pemerintah bertitah bahawa
pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan Serta mendapat sokongan majoriti rakyat.
2. Raja-Raja Pemerintah bertitah suhu politik yang semakin panas wajib diredakan.
3. Raja-Raja Pemerintah bertitah tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat
selepas 1 Ogos 2021.
4. Raja-Raja Pemerintah juga bertitah bahawa memberikan sokongan dan senada dengan pendirian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar parlimen segera bersidang di peringkat negeri.
5. Raja-Raja Pemerintah bertitah pendirian agar Dewan-Dewan undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat mungkin.
6. Raja-Raja Pemerintah bertitah bahawa Program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi.