Kantoi! Pengerusi Pembela dedah Suhakam sebenarnya agensi kerajaan di bawah menteri undang-undang

Kantoi! Pengerusi Pembela dedah Suhakam sebenarnya agensi kerajaan di bawah menteri undang-undang

Selepas terlalu banyak isu yang ditimbulkan SUHAKAM yang merupakan sebuah agensi kerajaan, saya rasa jalan terbaik adalah untuk merujuk kepada ‘punca kuasa’ agensi tersebut. Barulah kita dapat ‘engage’ dengan pihak yang tepat.

Selepas melakukan carian di laman-laman web kerajaan, akhirnya saya jumpa juga. Rupa-rupanya SUHAKAM adalah agensi kerajaan di bawah bidangkuasa Menteri Undang-Undang.

Saya pasti Menteri Undang-Undang sedar akan perkara ini. Maka, saya merayu agar Menteri Undang-Undang mula bertindak ke atas SUHAKAM yang dilihat terlalu menyeleweng daripada tujuan asal.

Untuk pengetahuan anda, SUHAKAM adalah sebuah badan suruhanjaya yang ditubuhkan melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597) 1999 melalui parlimen pada ketika itu.

SUHAKAM bukan badan persatuan ataupun NGO, seperti ramai menyangkanya. Ianya sebuah agensi kerajaan yang mendapat peruntukan jutaan ringgit setiap tahun dan beroperasi di seluruh Malaysia.

Maka, jika mereka menyeleweng, maka penyelewengan itu akan senang tersebar ke seluruh Malaysia. Ini yang kita tidak mahu dan kita bimbangi.

Oleh itu, saya merayu sekali lagi kepada Menteri Undang-Undang untuk bertindak ke atas SUHAKAM ini. Setidak-tidaknya, rombak semula keanggotaan Pesuruhjaya di SUHAKAM.

Di luar sana ramai pakar-pakar bidang yang berkelayakan dan mempunyai pemikiran yang waras. Kita perlukan juga ilmuan-ilmuan Islam atau alim ulama di dalam SUHAKAM kerana soal hak asasi manusia ini perlu dipandu dengan landasan dan ilmu agama. Ianya kini ‘terlalu pekat’ dengan kerangka Liberal Barat sebagaimana yang kita lihat pada SUHAKAM hari ini.

Jika SUHAKAM dapat dirombak dan diubah sedemikian, saya kira ianya adalah antara pencapaian dan sumbangan terbesar untuk agama Islam di Malaysia buat zaman ini.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
19 Jun 2021

Rujukan: http://www.bheuu.gov.my/index.php/mengenai-kami/2016-04-08-15-37-02

Sumber: https://www.facebook.com/100044602112010/posts/347707403392661/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS