Panas! Pemuda ini sekolahkan Exco Perak cara nak justify pemberian telefon low spec murah pada public

Panas! Pemuda ini sekolahkan Exco Perak cara nak justify pemberian telefon low spec murah pada public

Dia macam ni lah…

Kalau aku seorang Exco, untuk justify pemberian telefon low spec murah, tak perlulah bagi alasan begini kepada public.

Boleh je cakap macam ni:

“Walaupun keadaan kewangan negeri yang tidak menentu pada musim COVID-19 kini, kerajaan Negeri Perak tetap komited membantu para pelajar dengan menghadiahkan telefon pintar. Walaupun berkualiti rendah, ini adalah usaha murni kami dalam memperkasa pendidikan anak bangsa sugguhpun dalam keadaan ekonomi yang mendesak.”

Tak perlu undermine rakyat.
Tak perlu bagi alasan menyalahkan orang lain.

Ini komunikasi berkesan.

Tapi itulah.

Nanti orang akan cakap pula, Ebit Lew boleh beli tab Samsung high spec untuk satu negara, takkan kerajaan negeri Perak tak mampu?

Mungkin sebab langkah awal projek ini pun sudah tak betul, maka, bagilah alasan apa pun, tetap tak dapat nak justify. Tengok nama brand telefon pun semua orang sudah tahu ada udang di sebalik batu.

Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan daun nyiru.

Apa pun, sama-samalah kita bersyukur.

Tapi kalau processor MediaTek 1.3GHz, RAM 1GB, storage 8GB untuk tahun 2021 memang tak patut.

Sumber: https://www.facebook.com/730113587/posts/10159401690613588/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS