Terkini! Saifuddin umum jawatan timbalan presiden PKR yang ditinggalkan Azmin

Terkini! Saifuddin umum jawatan timbalan presiden PKR yang ditinggalkan Azmin

Majlis Pimpinan Pusat PKR bersetuju untuk tidak mengisi beberapa jawatan kosong tertinggi di peringkat pusat, sehingga pemilihan parti yang akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 1 Mei lepas, berikutan terdapat beberapa jawatan tertinggi seperti timbalan presiden, naib presiden dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (​MPP) parti yang masih kosong.

“Dengan ini, perjalanan parti di peringkat pusat akan kekal seperti keadaan sekarang tanpa kita mengisi jawatan-jawatan ini akibat ditinggalkan rakan-rakan lama kita,” katanya dalam ucapan aluan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 hari ini.

Kekosongan jawatan parti itu wujud, apabila bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden Datuk Zuraida Kamaruddin, meninggalkan parti itu pada tahun lepas, manakala Dr A Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR pada Mac lepas.

Saifuddin turut memaklumkan Kongres Nasional Tahunan 2021, akan diadakan secara serentak bersama Kongres Nasional Tahunan 2022 pada tahun hadapan.

Beliau berkata Mesyuarat Agung Tahunan Cabang juga akan dilangsungkan pada tahun hadapan, kecuali Laporan Tahunan Cabang akan diserahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada tahun ini.

Saifuddin berkata, Cabang Sungai Buloh dinobat sebagai Cabang Kemasukan Anggota Baharu Terbanyak iaitu 6,259 ahli dari 16 Nov 2020 hingga 29 April tahun ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, parti itu mempunyai 2,028 ranting di seluruh negara setakat ini, termasuk 259 ranting baharu yang didaftarkan pada tahun ini.

“Kita menetapkan satu ranting di satu daerah mengundi di kerusi-kersui sasaran parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada kongres tersebut.

Seramai kira-kira 2,000 perwakilan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom, bermula dari pukul 8.00 pagi ini.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/579694

CATEGORIES

COMMENTS