Bukan hanya kedai makan, food rider juga ramai yang terkesan, sudah-sudahlah buat PKP, buka semula ekonomi

Bukan hanya kedai makan, food rider juga ramai yang terkesan, sudah-sudahlah buat PKP, buka semula ekonomi

1- Aku tak faham bagaimana dikatakan Kerajaan bertindak berdasarkan fakta dan Sains.. Krisis Pendapatan rakyat sekarang bagi aku amat serius, Kebetulan aku lalu di Ipoh Parade.. McD Pagi, Tengok ramai Foodrider seperti Foodpanda dan Grab berkumpul secara berkelompok..Dah macam perhimpunan..

2- Ramai dari mereka mengeluh, saingan dan pendapatan sekarang kurang biarpun sepatutnya dalam tempoh MCO permintaan kepada khidmat mereka tinggi, Malangnya.. Yang baru berjinak jinak mereka yang hilang kerja dan Pendapatan sebagai Food rider pun bertambah.. Mereka bersaing sesama sendiri..Pemandu Grab apalah lagi…

3- Banyak dari kedai makan di premis yang disewa, termasuk di Pasaraya ditutup.. Kos untuk operasi hari ini lebih teruk dari menutup premis ? Ramai majikan pemilik kedai makan mengambil keputusan menutup kedai makan dari terpaksa menanggung upah Pekerja.. Belum dikira bayaran sewa yang terpaksa ditanggung..Akhirnya makin bercambah penjaja ditepi tepi jalan.. Meniaga di tepi jalan lebih senang dari meniaga dalam Premis disewa..

4- Malangnya ramai yan bekerja di kedai Makan adalah bergaji hari.. Kedai tutup, ia bermaksud ramai dari pekerja mereka hilang pendapatan harian.. dan berapa ramai isi rumah yang terkesan dari kes dan segmen F&B ini saja.. Ini belum dicampur banyak sektor bergaji hari dalam segmen Retail dan Pembinaan seperti Tukang rumah, pemotong rumput, Begitu juga perkhidmatan seperti kedai Car Wash..

5- RM 500 bantuan BPR bagi pekerja, Atau RM 1 ribu GKP bagi pemilik perniagaan bukan lah penyelesaian.. Apalagi ramai anak muda yang menyewa bilik, Rumah pda kadar 300-500 di Ibu kota.. Apa yang mereka dapat ? Hanya Bantuan RM 100.. dan mungkin ini pendapatan harian peniaga Burger waktu malam, atau Tukang rumah..

6- Bagi aku Pemimpin PH mesti berani memberikan penyelesaian dan solusi berbeza.. Sudah masanya berani melawan arus melawan perlaksanaan Lockdown Bodoh ini.. Tindakan Tuntas merujuk Data dan Sains.. Bagi aku ini satu malapetaka dalam sosio Ekonomi Rakyat..

7- Untuk baki 7 Hari tempoh Lockdown(PKP 3.0) ini , Desak Kerajaan benarkan operasi kedai makan boleh beroperasi sehingga jam 10-12 malam, Ini memberikan nafas baru bagi sektor F&B dan Foodrider.. Sekurang kurangnya jam 8 keatas hanya perkhidmatan Penghantaran dibenarkan..

8- Mengikut Data dan Sains, Tidak ada bukti atau statistik yang wabak mereka bila operasi kedai makan tau perkhidmatan penghantaran menyebarkan wabak selepas jam 8.. Yang perlu dikawal itu hanya pergerakan dan Perkumpulan.. Bukan aktiviti Perniagaan..

Hatta membenarkan mereka untuk makan di kedai satu meja seorang seperti di Thailand pun takda masalah..Yang penting takda perkumpulan..

9- Bagi aku, Pemimpin PH perlu ambil serius, Sekali sekala..Turun lah dengar rintihan Food Rider, Peniaga Jalanan, Peniaga Kedai makan.. Aku yang sehari ini pun dapat rasakan kesan besar melibatkan kelompok ini.. Bagi aku Sektor F&B dan rantaian dia saja adalah gambaran 10% dari masalah keseluruhan krisis pendapatan Rakyat..

10- Maaf, Sidang Parlimen sekali pun takkan dapat menyelesaikan Kebodohan Kerajaan ini melainkan hanya dengan Kuasa Politik bagi menggantikan Kerajaan yang gagal ini kepada yang punya keupayaan.. Negara dan Ekonomi kita sedang dihancurkan atas kerosakan pentadbiran yang dikuasai kelompok Ruwaibidhah dan Pengkhianat !

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4292925557395868/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS