Panas! Zolkharnain sekolahkan walaun Pas maksud tunggang agama

Panas! Zolkharnain sekolahkan walaun Pas maksud tunggang agama

Tunggang agama maknanya, guna agama utk menghalalkan suatu perkara untuk geng sendiri, tapi mengharamkan perkara yg sama utk orang lain.

Contoh 1, hukum berkawan dgn orang bukan Islam. Parti sendiri berkawan dgn orang bukan Islam yg tolak hudud, halal. Parti lain berkawan orang bukan Islam yg kritik RUU 355, haram.

Contoh 2, hukum sertai pakatan parti politik. Sokong pakatan politik yg ada parti dia, halal. Sokong pakatan politik yang tak ada parti dia, haram.

Contoh 3, menyertai jamaah Islam. Masuk parti dia, masuk jamaah Islam. Masuk parti lain, rungkai ikatan Islam dari tengkuk.

Contoh 4, baca ayat Quran. Utk parti dia yg berkawan dgn pengkhianat, dia baca “wa’tasimu bihablillah”. Utk parti lain yg lawan pengkhianat, dia baca “walan tardha ‘anka al-Yahud”.

Contoh 5, masa dia lawan Umno, dia baca “wala tarkanu ila allazina zalamu”. Masa dia berkawan dengan Umno, dia baca, “wata’awanu ‘ala al-bir wa al-taqwa”.

Banyak lagi contoh. Pakat² pikiaq ambiklah. Nak guna ayat Quran, sila. Nak bersyarah agama, sila. Nak pakai serban, sila.

Cuma, janganlah tunggang agama dan ayat Quran utk halalkan, haruskan, syurgakan pihak sendiri. Tapi, haram, tak boleh dan nerakakan pihak lain.

Sumber: https://www.facebook.com/1284707753/posts/10219928106094747/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS