Gempar! Bekas MB Selangor dedah skandal industri air di Selangor

Gempar! Bekas MB Selangor dedah skandal industri air di Selangor

Saya baharu sahaja mendapat khabaran dari peguam bahawa permohonan saya untuk mendapat kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan telah ditolak dengan kos.

Sebagai rakyat yang menghormati kedaulatan undang-undang, saya menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes saman sivil yang melibatkan Puncak Niaga.

Walaupun keputusan ini agak mengecewakan, namun saya cuba melihatnya secara positif kerana ianya memberi peluang kepada saya untuk menerangkan semua perkara yang berlaku khususnya yang di belakang tabir berkenaan usaha pengambilalihan semula industri air di Selangor daripada syarikat swasta yang sebelum ini mendapat keuntungan melampau di atas keperitan rakyat.

Saya ulangi bahawa saya tidak pernah mendapat keuntungan baik dari segi kewangan atau politik ketika saya berusaha untuk memulihkan industri air Selangor. Saya tidak bertindak untuk kepuasan diri tetapi semua tindakan dan keputusan yang saya ambil semata-mata demi menjaga kepentingan “stakeholder” yakni rakyat Selangor.

Malah, tindakan saya tersebut telah menyebabkan saya disingkir oleh parti PKR dan kehilangan jawatan Menteri Besar.

Episod malang tersebut akhirnya memberi peluang kepada Menteri Besar yang baharu ketika itu membayar harga yang tinggi kepada pemegang konsesi; Splash.

Tindakan membayar melebihi dari apa yang saya tentukan ini telah menyebabkan Puncak Niaga memulakan saman terhadap saya dan kerajaan negeri Selangor.

Apa pun rakyat akan tahu semuanya apabila prosiding di Mahkamah Tinggi bersidang.

Semoga Allah SWT memberikan saya kesihatan yang baik untuk saya teruskan usaha saya ini.

Sumber: https://www.facebook.com/100044524846876/posts/342230693937756/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS