Panas! Pemuda ini persoal, apa dah jadi dengan Pos Laju?

Panas! Pemuda ini persoal, apa dah jadi dengan Pos Laju?

Apa jadi dengan Pos Laju?

Pemuda Amanah Negeri Perak berasa terpanggil untuk memberi respon terhadap tindakan Pos Laju yang akan memberhentikan perkhidmatan kesemua sub vendor Pos Laju berkuatkuasa 1 Julai 2021 berdasarkan satu siaran video yang sedang tular di Media Sosial Tik Tok.

Tidak sampai setahun Pos Laju membuka program Pos Rider, mereka secara mengejut memberhentikan program tersebut dengan alasan kurang perniagaan akibat Covid 19.

Mengikut video tersebut, tindakan ini sangat kejam dan menganiaya para usahawan yang telah mengeluarkan modal untuk membeli van bagi menyertai program tersebut. Ia tidak termasuk kos-kos lain seperti minyak, penyelenggaraan, puspakom dan insurans yang ditanggung sendiri oleh para usahawan.

Dalam hal ini Pemuda Amanah Negeri Perak berpendapat Pos Laju perlu giat mempromosikan bisnes mereka dalam menarik perhatian masyarakat dan usahawan untuk menggunakan perkhidmatan mereka khususnya ketika PKP ini di mana ramai daripada masyarakat kekal duduk di rumah.
Bukannya memberhentikan sub vendor mereka dengan alasan yang menunjukkan kelemahan Pos Laju bersaing dengan pesaing kurier yang lain.

Sebagai kaedah menang-menang, Pos Laju tidak perlu memberhentikan terus semua Sub Vendor ini.

Sebaliknya Pemuda AMANAH Negeri Perak mencadangkan Pos Laju menggunakan sistem jadual anjal dengan membahagikan vendor-vendor ini bekerja mengikut masa-masa tertentu. Mungkin pendapatan mereka berkurangan ekoran terpaksa bekerja kurang daripada sepatutnya, tetapi ia lebih praktikal berbanding memberhentikan mereka.

Sementelah itu Pemuda Amanah Negeri Perak juga menggesa campur tangan daripada Menteri Komunikasi dan Menteri Sumber Manusia bagi membela nasib sub vendor ini dan memastikan mereka ini tidak teraniaya dek kelemahan Pos Laju yang gagal bersaing dengan pesaing yang lain.

Semoga ada sinar buat sub-sub vendor Pos Laju ini.

MOHD IKHMAL BIN MOHD ISKANDAR
BBA (Hons) Transport, UiTM
DBS (Transport) UiTM
Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Perak
26 Jun 2021

#PosLaju #PosRider #PosRiderDiberhentikan

Sumber: https://www.facebook.com/1509992526/posts/10225286795786150/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS