Sebenarnya PKP bersasar adalah strategi yang tepat, jangan sambung derita rakyat atas kesilapan kerajaan

Sebenarnya PKP bersasar adalah strategi yang tepat, jangan sambung derita rakyat atas kesilapan kerajaan

1- Pada awal Januari lalu, Mahiaddin mengatakan, Tidak ada lagi perlaksanaan PKP selepas ini.. hanya PKP dan Lockdown bersasar akan dilaksanakan.. Bagi aku pendekatan Kerajaan pada ketika itu tepat..

2- Selepas perlaksanaan PKP bersasar, Dari 5 ribu kes Tertinggi dicatatkan pada Januari dan Febuari hasil lonjakan dari kebenaran rentas Negeri pada penghujung tahun sebabkan lonjakan besar berlaku.. Jadi Lonjakan kenaikan itu mudah difahami sebabnya ada kenduri…ramai yg bercuti… Maka selepas itu sempadan Negeri mula Ditutup..

3- Bayangkan dari 5 Ribu kes Postif Covid-19 dicatatkan Febuari..Kes Turun dibawah 1000 kes, iaitu 940 kes pada 29 Mac.. Bagi aku Kerajaan sudah berjaya landaikan kes sebelum lonjakan Berlaku.. Bagi aku itu sudah cukup baik, Strategi itu harus dikekalkan..

4- APA KESILAPAN KERAJAAN ? Kenapa berlaku lonjakan biarpun sempadan Negeri kekal ditutup.. Jawapannya mudah difahami dan diakui Dr Noor Hisham sendiri, Disebabkan berlaku pembukaan aktiviti sosial terlalu cepat termasuk pembukaan sekolah..

5- Seperti awal April aku menulis kesilapan Kerajaan kerana pembukaan sektor Pendidikan terutama Asrama yg membuka ruang Rentas Negeri dan Majlis Kenduri kendara.. Bukan hanya Kenduri, Di kedai makan orang bebas berkumpul..Bersosial, Sehinggakan Pub dan Panggung wayang dibuka..

6- Bila kes Naik, Ia menepati dapatan data dan Sains.. Kenaikan kes itu realistik.. Bila sektor sosial dibuka, Kebenaran Solat terawikh, Acara Keagamaan seperti Tadarrus, dan rentas Negeri di hari raya begitu pelajar yg pulang berhari raya mencetuskan Kluster dan Kes kes Sporadik..

7- Apa yang patut dilakukan Kerajaan ? FULL LOCKDOWN seperti cadangan Najib ? Tidak.. Hanya perlu tutup kembali sektor sosial, Tutup Sektor Pendidikan, Program Keagamaan.. Ekonomi dan perkumpulan sosial terus dikawal..

8- Mungkin makan dikedai hanya dibenarkan satu orang satu meja, Kedai makan masih dibuka sehingga larut malam.. Yang perlu di Lockdown pergerakan pekerja Kilang dengan Strategi “Gelembung”melibatkan pekerja kilang seperti Thailand..

9- Aku sejak awal kata FULL LOCKDOWN akan gagal, Bukan saja gagal..Tetap jangkaan Najib kes dapat dilandaikan dalam keadaan banyak kes berlaku dalam komuniti sebenarnya hanya tipudaya dan pembohongan, sama seperti idea pengeluaran I-sinar kononnya akan selesaikan msalah Ekonomi.. Ramai orang PH sendiri percaya..Sejak awal aku kata akan gagal..Ia tak Mungkin berlaku..

10- Apakah bila ia tak berjaya dilandaikan ia tak realistik dan tidak menepati Data dan Sains..Bagi aku ianya logik.. Sebenarnya tanpa Fulllockdown pun kerajaan akan berjaya landaikan kes seperti hari ini..Yang penting..Ekonomi tidak terkesan, dan rakyat tak menderita..

11- Tetapi oleh kerana berlaku lonjakan kes di India dan kewujudan varian baru, Kerajaan panik.. Kerajaan terpedaya dengan Najib yang berjaya mempengaruhi rakyat dan massa kononnya Lockdown 14-21 hari, Kita akan hidup seperti biasa.. Kes akan berjaya dilandaikan..Ianya satu Pembohongan, Aku sebut dari awal..

12- Kenapa Mahiaddin tertekan, Dia percayakan teori Najib kerana tempoh Dharurat akan tamat.. Maka nak taknak, depa kena buat Full Lockdown biarpun sedar akan kesan besar akan menimpa rakyat dan Ekonomi dalam keadaaan kerajaan kekurangan wang, pada Mahiaddin, kejayaan mesti dicapai sebelum tempoh Dharurat tamat berbaki 3 bulan.. Akhirnya Mahiaddin terperangkap.. Bagi aku padan muka mahiaddin!

13- Sebelum perlaksanaan Full Lockdown, Dr Dzul, PH sudah mencadangkan Strategi berbeza supaya ada keseimbangan kesihatan dan Ekonomi, Lockdown perlu dilakukan bersasar, Malangnya PH berubah nada seperti menyokong Full Lockdown selepas dihentam netizen yg percaya dgn teori Bodoh Najib….

14- Jika PH berani ambil pendirian berbeza, Sudah pasti teori dan Strategi kerajaan PH itu dilihat tepat oleh Rakyat.. Sebab apa ? PH akan dilihat mempertahankan rakyat Marhaen, peniaga kecil dari kesan penutupan Ekonomi yang akhirnya menyebabkan mereka menderita..

Maksudnya Ijtihad PH akan diihat benar.. Malangnya ramai penyokong PH terperangkap dengan cerita Dongeng Najib.. Tapi Najib tetap punya alasan kononnya banyak Kilang tidak ditutup seperti mana alasan dia menerima wang derma dari raja Arab.

15- Sebenarnya apa yang dilaksanakan PN ini sudah ditakrif Full Lockdown seperti PKP 1.0.. kenapa hasilnya berbeza ? Kilang yang dibenarkan beroperasi itu sama seperti PKP 1.0.. Kilang Automotif contohnya ditutup..Kes berlaku di Kilang kerana wabak sudah ada dalam komuniti dan tempat kerja…. berbeza dari PKP 1.0.. Banyak kes berlaku di Kilang memproses makanan dan ditakrif Essential..

15- Jadi nasihat aku pada Kerajaan dan Mahiaddin Tak payah lah sambung PKP/FULL LOCKDOWN, dan menyambung derita rakyat.. Riwayat Politik kamu sudah hampir berakhir.. Allah sedang membalas atas kerja kerja Khianat kamu..

16- Kejayaan PKP 1.0, Disanjung sebagai Abah takkan berulang..Itu hanya Istidraj yg membuatkan kamu bongkak merampas Sabah yg menjadi punca kegagalan kamu hari ini.. Segalanya tidak menjadi bagi Mahiaddin.. 🙂

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4301512439870513/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS