Zolkharnain kata kat MB Kedah, bukan dengki tapi nak tergelak

Zolkharnain kata kat MB Kedah, bukan dengki tapi nak tergelak

Untuk makluman MB Kedah, tak dak sapa nak dengki aih kalau betui kerajaan negeri boleh bawak masuk FDI puluhan bilion. Nak dengki buat apanya?

Kalau betui, jawatan enjinia, takkan nak bagi lebai pondok isi, walaupun kuat Pas dan pakai serban. Tentulah lulusan engineering yg akan isi walaupun orang Amanah.

Akauntan, takkan nak bagi kat walaun hat dapat gred 3 SPM isi. Tentulah lulusan perakaunan akan isi, walaupun orang DAP atau PKR.

Ini bukan isu dengki, tapi isu pengumuman pra matang untuk cari populariti. Tak salah nak popular dalam politik, tapi biarlah popular dengan kejayaan sebenar.

MB kena sabaq sat. Tunggu sampai pelabur dah masuk, barulah umum. Pada waktu tu, kalau MB umum, tak dak sapa nak pertikai sebab nampak depan mata.

Ni benda hat MB umum tu tak tau dok tang mana lagi pun. Kalau anak dara, ibarat baru merisik. Tiba² pak dia dah umum nak dapat cucu dah. Sabaq la sat…!

Pelabur asing la ni dok bertumpu di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja. Depa tengok politik kita tak stabil, kerajaan lembab, rasuah teruk. Depa boleh batalkan cadangan nak melabur bila² masa saja.

MB dah umum. Kalau tak jadi macam mana? Bukankah MB dan parti MB yang akan malu?

Saya teringat dulu kerajaan Perlis buat MOU macam², berpuluh² MOU, tapi rasanya hampir semua tak jadi. Ada soalan dalam dewan saya pernah buat pasai benda tu.

Dulu ada IMT-GT (Indonesia Malaysia Thailand – Growth Triangle) dan zaman Pak Lah ada Coridor Utara. Apa jadi semua tu? Ini bukan projek bincang musim pandemik, tapi skala projek mega.

Sekarang dah tak berbunyi lagi. Pi mana? IMT-GT tu rasanya Kedah pun ada terlibat juga. Pasai apa senyap? Ini bukan projek sembang mulut, tapi dah siap dgn dokumen semua. Tak jalan pun.

Sebab tu orang gelak kat MB. Orang gelak bukan pasai orang dengki tapi pasai orang boleh hidu dan tahu status dan masa depan projek sembang mulut macam tu.

Orang sokong pelaburan kalau betui masuk. Tapi jangan umum awai sangat. MB buat betui², sampai masuk buka kilang sungguh², waktu tu kalau MB umum, fuhhhh… saya tabik spring la dengan MB.

Sahih dah PH tak boleh menang di Kedah. Tapi kalau MB tembak awai macam la ni, orang pakat gelak lah. Mungkin MB syok la sebab geng MB puji MB hebat bla bla bla…

Tapi MB jangan lupa, pengumuman macam tu akan makan diri balik. Tapi MB buatlah nak buat apa pun, tumpang jadi MB. Ya dak?

Sumber: https://www.facebook.com/1284707753/posts/10219945368086286/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS