Krisis Covid-19 di Malaysia: Wanita ini salahkan ahli politik jadi punca sejak era PH hinggalah zaman PN

Krisis Covid-19 di Malaysia: Wanita ini salahkan ahli politik jadi punca sejak era PH hinggalah zaman PN

1. Saya terpanggil untuk mencoret posting pertama tahun ini. Melihat Malaysia makin merudum, kes covid makin tidak terkawal. Kes kematian harian masuk tiga angka. Kes kematian Covid dah rasa makin dekat dengan kita. Bulan ini, datuk saudara saya meninggal disebabkan Covid. Minggu yang sama, bapa rakan saya juga teragut nyawa disebabkan wabak ini. Al-Fatihah buat mereka.

2. Biasa la, bila bab dah ada krisis ni, hantu2 politik akan main wayang salah kan each other. PH salah PN, PN salahkan PH, BN salahkan PN. Sekarang ni rakyat pun dah confused mana satu blok Kerajaan, mana satu blok Pembangkang. Dalam dua2 blok bercakaran. Kadang tu parti dalam blok Kerajaan pun dia punya sembang hentam Kerajaan macam dia pulak Pembangkang. I have no choice but pulangkan paku buah keras: “Korang takde whatsapp group ke?”

3. Anyhow, mari kita imbas kembali macam mana Malaysia boleh jadi sampai level ni. Kalau kita imbas kembali kes Covid meletup seawal bulan Disember 2019. Masa tu PH jadi Kerajaan. Dah elok frontliners kawal GELOMBANG PERTAMA, benda-benda ni jadi:

ERA PH
i. Geng PH bercakaran. Desakan untuk jadikan DSAI Perdana Menteri meningkat. Terutamaya daripada geng PKR dan DAP. Geng DSAI lagi brutal buat desakan. Tun M dah tak terkawal Kabinet dia.

ii. Geng Kartel dan Geng Bersatu dah rasa PH nak melingkup. Belakang2 deal dengan UMNO dan PAS untuk wujudkan Kerajaan Melayu Islam. Cadang Tun M sebagai PM. Tun M tak setuju. Diaorang tetap teruskan. Makanya berkumpul la mereka di Sheraton.

iii. Tun M marah dan tanpa consult geng PH lain, letak jawatan, jadi interim PM. Pujuk semua wujudkan Kerajaan Perpaduan. Both geng PH dan PN told him to fly kites. UMNO dan PAS gamekan Tun M. Namakan TSMY as PM. Dia dikatakan dapat undi majoriti. Makanya Agong lantik TSMY sebagai PM. Termaktub la dalam sejarah the infamous “Sheraton move”.

ERA PN
iv. TSMY jadi PM dengan 73 ahli Kabinet. Menteri Kanan UMNO DSIS uruskan isu MKN untuk lawan Covid. Menteri Kanan Bersatu DSAA jadi Menteri jaga ekonomi. DSNR, Presiden UMNO dan geng UMNO support Kerajaan full swing.

v. Kes DSNR dan Presiden UMNO dah mula nampak mcm nak melekat. PMO isu statement taknak campur tangan hal mahkamah. Tak lama kemudian, DSNR disabitkan kesemua 7 kesalahan jenayah kes SRC di Mahkamah Tinggi. Geng UMNO lain pula bising tak dapat jawatan2 dalam Kerajaan.

vi. Makanya semua dah lain, UMNO start dah bunyi macam Pembangkang. DSAI pulak dok announce ada strong, convincing dan formidable number nak jadi PM. Kononnya dapat support dr geng UMNO dan PAS. TSMY goyang.

vii. Makanya geng TSMY mula jatuhkan Kerajaan Negeri PH satu-persatu. Untuk swing undi ke PM sebab nak mengadap sidang Parlimen. Takut dengan undi tak percaya. Sampailah kacau negeri Sabah melalui Tan Sri Musa Aman. Ramai tahu tapi taknak admit, jual beli Ahli Parlimen jadi deal lucrative.

viii. Tan Sri Musa Aman kacau Kerajaan Negeri Sabah. Kononnya ada undi majoriti. DS Shafie Apdal tak puas hati. Dia rela mati dari menyerah kalah. Makanya runtuhlah Kerajaan Negeri Sabah, rakyat Sabah disuruh mengundi.

ix. Penyokong UMNO all out untuk PRN Sabah, masuk Sabah berduyun-duyun. Hasilnya PN menang. Parti Warisan jatuh di Sabah. UMNO ingat dia dapat jadi Ketua Menteri. TSMY kasi Ketua Menteri orang Bersatu. Melompat UMNO.

x. UMNO balas dendam di Perak. Meraka geng pulak dengan DAP dan PAS, jatuhkan Kerajaan Perak pimpinan MB Peja. Lantiklah MB baru daripada UMNO.

4. Lepas PRN Sabah, kes mendadak naik di Sabah. Ahli politik mula2 cakap takde kena mengena dengan PRN. Tapi sebab Sabah banyak pendatang. Kes berjangkit dari diaorg. Ahli2 politik dan penyokong dari Semenanjang pula lepas balik Sabah tak perlu kuarantin kata seorang Menteri. Cukup pakai scanner kat airport. Kalau tak demam boleh terus masuk dan pergi kerja. Mula dari itu, bermulalah Gelombang Ketiga and the rest is history, sampai la ni. Negara nak melingkup disebabkan wabak ni.

5. Satu je saya boleh cakap. Dalam ini gambar, takde satu pun yang Kerajaan boleh salahkan RAKYAT. Yang bercakaran adalah semua ahli politik, yang menjahanamkan Malaysia semua mereka. PH ke BN ke PN ke, semua ada share ya. Sekarang Rakyat pun dah alami “political fatigue”. Pada mata kita diaorg ni semua sama. Tanya la Makcik Kiah pun, abah tak abah ke, sekarang semua dah tak boleh harap.

6. Nak mengharapkan Raja sekarang ni pun, Kerajaan Melayu Islam ni dah cakap Raja takde kuasa. Walaupun Agong tegur, walaupun Majlis Raja2 dah bersuara. Sampai Raja Nazrin dah pun nampak macam murka, dibuatnya Sultan2 ni takde mata dan telinga. Boleh baca khutbah Jumaat Negeri Perak Jumaat lepas. Penuh dengan kiasan tajam, Sultan dah mula murka.

http://jaipk.perak.gov.my/index.php/en/koleksi-khutbah-bulan-mei/category/147-jun?download=862:khutbah-jumaat-minggu-4-raja-pemerintah-penimbang-tara-adil-lagi-saksama-rumi

7. Yang pasti, Kerajaan tetap delusional, hanya pikirkan jawatan yang akan hilang. Selagi boleh nak tunda parlimen dibuka. Takutkan Geng Mahkamah dan Geng Anwarista buat undi tak percaya. Yang belah pembangkang pun dok desak bukak Parliamen, kita pun tak sure ikhlas ke tak. Ni nak tolong Rakyat dalam Parliamen atau nak ambil balik kuasa? Apa gerenti tukar Kerajaan keadaan akan tambah baik?

8. Yang pasti kita dah penat. Anak tak sekolah. Pendapatan berkurang. Bisness tak boleh jalan. Yang bunuh diri pun makin ramai. Apa penyelesaian? Senjata yang kita ada hanyalah DOA. Doa agar Allah lindungi Malaysia dan kurniakan kita pemimpin yang cerdik, adil dan saksama.

9. Samping itu juga, Rakyat sekarang dah kena tolak politik kepartian dan politik personaliti. Bersuara kalau tak betul tak kira mana parti. Tegur jika perlu tak kira pemimpin mana. Ingat Malaysia ini kita juga punya, bukan hanya mereka-mereka.

Wallahu’ alam.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=340805947433542&id=100045124192657

CATEGORIES

COMMENTS