Untuk apa sasarkan kes positif Covid-19 turun kepada 4 ribu, jika ia akan melonjak kembali

Untuk apa sasarkan kes positif Covid-19 turun kepada 4 ribu, jika ia akan melonjak kembali

1- Antara sasaran Kerajaan menurunkan kes Positif kepada 4 ribu kes, Untuk apa letakkan sasaran 4 ribu kes sambil membunuh Ekonomi Rakyat.. Apa jaminan kes tidak naik kembali untuk fasa kedua bila Ekonomi mula dibuka..

2- Sebenarnya tempoh 4 minggu sudah cukup rakyat memutuskan rantaian, Sepatutnya semua yang kena Lockdown, Isi rumah mereka, Lokaliti mereka sudah bebas dari Covid-19, tapi ianya gagal diputuskan hanya sebabkan Kluster Kilang yg gagal diasingkan dari komuniti..

3- Yang sepatutnya jadi tanda aras itu prgram Vaksinasi begitu juga data Kematian, ICU dan Pesakit kritikal jika disebabkan keadaan kritikal di Hospital, Bukan jumlah kes Positif, Bila meletakkan tanda aras kes Positif, Itu sebab data boleh dimanipulasi, Saringan dikurangkan..Tetapi kes berterusan tersebar dalam komuniti..

4- Tahun lepas , Kes Tempatan dah capai sifar kes atau 1 kes bagi tempoh 1 Hari pada julai 2020..Maksudnya berjaya dilandaikan, pada bulan Julai dan kes melonjak semula bermula kluster kedai mamak Sivagangga yg pulang dari India, dan selepas itu PRN Sabah..

5- Jadi untuk apa tunggu 4 ribu kes ? Nak tunggu rakyat mati..tak makan dan jadi bangsat bila hilang pekerjaan dan Muflis dalam perniagaan.. Kamu nak apa sebenarnya Mahiaddin ? Kalau orang Ada agama dah patut Bertaubat dah.. sampai Mufti Perak meninggal sebab Covid-19 pun tak buatkan kamu rasa Bersalah..

6- Sekarang rakyat boleh dianggap sudah capai pemutus rantaian dalam komuniti..Yang patut dipenjarakan, Di Lockdown hanya pekerja Industri dan kilang..

7- Ingat, Ada yang hilang Pendapatan Harian, Ada yang hilang Pekerjaan..Ada yang tak mampu bayar ansuran kereta dan rumah, dan ada yang terpaksa tutup kedai, Kelompok ini takda kaitan menyebabkan Kluster, Tak kira kedai buku atau kedai Baju melibatkan sektor Retail..

8- Sudah sudah lah Mahiaddin, Apa yang kamu kejar bukan melandaikan kes, Tetapi mengharapkan sanjungan,Dan pujian sebagaimana kejayaan palsu kamu tahun lepas melandaikan kes.. Ianya takkan berulang wahai Mahiaddin..ia satu bentuk Istidraj.. harapan kamu hanya untuk kekal berkuasa biarpun rakyat mati..

9- Jadi Letakkan jawatan, Selamatkan Ekonomi dan Rakyat.. ! 🙂

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4306936672661423/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS