Bendera putih simbol kegagalan total kerajaan PN, kata Shazni

Bendera putih simbol kegagalan total kerajaan PN, kata Shazni

Kempen kibarkan bendera putih yang tular sejak kelmarin membuktikan bahawa rakyat sudah tidak mampu menanggung dampak pandemik Covid-19 ini dengan mengharapkan bantuan daripada kerajaan. Kempen ini bertujuan untuk memberi sokongan dan bantuan keperluan harian kepada yang terperangkap dirumah tanpa sebarang pendapatan. Kempen ini berteraskan atas dasar keprihatinan masyarakat setempat.

Kelembapan edaran dan agihan bantuan daripada kerajaan menyebabkan masyarakat semakin ditekan daripada pelbagai aspek seperti ekonomi dan juga kesihatan mental. Kadar kematian daripada kejadian bunuh diri melonjak naik sejak pelaksanaan PKP yang sudah memakan masa hampir 2 tahun. Hal ini bertambah buruk apabila pelan bantuan yang diumumkan kerajaan tidak menyentuh secara keseluruhan lapisan masyarakat.

Kempen yang ditularkan ini adalah bukti yang jelas bahawa kerajaan gagal memberikan tumpuan terhadap kebajikan rakyat semasa pelaksanaan PKP. Kerajaan terlalu sibuk mencari pelbagai alasan dan peluang untuk terus mengekalkan kuasa tanpa ada sekelumit perasaan simpati terhadap masyarakat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

Kami menyokong penuh kempen “Kibarkan Bendera Putih” ini dengan harapan bahawa kita dapat membantu individu-individu ataupun keluarga yang terkesan supaya mereka dapat terus bertahan sehingga negara keluar daripada masalah pandemik ini.

#KerajaanGagal
#TukarKerajaan

Sumber: https://www.facebook.com/100049213346890/posts/285273643123078/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS