I-Sinar: Satu bentuk scam pada orang miskin

I-Sinar: Satu bentuk scam pada orang miskin

1- Dari 11 Juta Pencarum KWSP, Hanya 5 Juta Pencarum mencarum secara berterusan, Maksudnya depa masih bekerja.. Manakala yg lain mungkin pernah kerja 4-5 tahun..dah berhenti.. 50% ikut data hanya mempunyai simpanan bawah RM 10 ribu..

2- Bayangkan, I-Lestari mereka dan hilang RM 6 Ribu.. Keluar lagi RM 10 Ribu.. Lepas tu pakat maki Kerajaan, Ni nak keluar RM 5 Ribu lagi..Aku jangka ramai yang sudah tak dapat nak keluarkan.. Percaya lah,Lepas ni depa pergi ke KWSP sudah tidak layak untuk keluar lagi.. Kalau keluar habis licin..

3- Manakala 20% Lagi, Simpanan bawah RM 50 Ribu, Simpanan 50 Ribu ini, Mungkin 15-20 Tahun lagi jadi RM 70 Ribu.. Tapi dah keluar RM 16 Ribu, Tambah RM 5 ribu.. Kemungkinan hari persaraan depa mungkin tinggal tak lebih RM 15-20 ribu.. Bayangkan Orang yg ada simpanan RM 100 ribupun, hanya mampu bertahan hidup hanya 4 tahun selepas bersara jika perbelanjaan sebulan RM 2500..

4- Aku jarang tengok bangsa Cina mahupun India desak keluarkan i-Sinar.. tapi yang ramai mahukan I-Sinar orang Melayu walaupun masih dapat gaji dan berpendapatan tetap…Mereka tak mampu berfikir untuk masa depan, Mereka mahu kan wang Segera.. Tu sebab ramai orang melayu terjebak dalam Judi dan Scam dan meminjam Ah long..

5- Tapi itulah kerosakan dibuat Mahaiddin dan Najib Razak.. Kedua mereka tak peduli pun soal hari persaraan dan hari tua ramai dari kalangan orang Melayu yang susah, sampaikan ada abang potong rumput kat tempat aku, masa nak keluar I-Sinar 1.0 pun hanya dapat keluar RM 6 ribu.. Licin habis duit dia…

6- Patutnya Hanya mereka yang mempunyai Simpanan RM 100 ribu keatas dibenarkan Keluar, Yang lain itu Kerajaan bagi lah dalam bentuk Geran dan Pinjaman, Bagi jer RM 10 K.. Kalau 1 orang Juta baru RM 10 Billion..lebih endah dari suntikan Fiskal kali pertama..Tak salah pun, cuma 1/4 dari skandal 1MDB.. atau dua kali ganda duit SRC yg ditibai duit KWAP(Pencen) dalam perbicaraan Najib razak..

7- Terus terang aku kata, Dasar i-Sinar ini dasar yang paling tak bertanggung jawab dari Kerajaan, Aku tak salahkan orang yg susah, Miskin yg terdesak, apalagi takda kemampuan berfikir..Tetapi Kerajaan yang tak bertanggung jawab, Najib yang mahu Populis dalam Politik..

8- Macam sebelum ni la, Duit mana Pernah cukup.. Tak lama lagi ramailah yang akan kecewa..Marah marah Kerajaan bila melihatkan baki simpanan yang Tinggal… Berapa lama Mahaddin boleh hidup dengan Scheme Of Thing..Lagi teruk guna duit rakyat sendiri.. 🙂

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4309812409040516/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS