Kredit Komuniti : Pemimpin UMNO bedal Zuraida

Kredit Komuniti : Pemimpin UMNO bedal Zuraida

Saya cuma nak tanya Zuraida, dia tahu atau tidak berapa ramai ceti haram dan ahlong dulu yang sekarang dah up jadi Kredit Komuniti?

Pinjaman wang berlesen ini bukan baru, mereka telah lama beroperasi.

Bila rakyat terdesak, mereka akan pinjam daripada sesiapa sahaja, dan mesti ada yang menangguk di air keruh untuk beri mereka pinjam.

Dalam dasar kewangan, keadaan ini boleh menyebabkan “predatorial lending” atau pemberi-pinjam pemangsa.

Sehingga kini terdapat lebih 4,000 peminjam wang berlesen di seluruh negara.

Beri mereka (Kredit Komuniti) ini lesen dan beroperasi masa darurat tidak menjamin mereka ikut undang-undang apabila mereka kutip hutang terutama semasa ekonomi teruk sekarang.

Sepatutnya kerajaan yang beri bantuan ketika ini, bukan suruh atau galakkan rakyat untuk pergi pinjam duit dari “Kredit Komuniti”, mahupun ceti dan ahlong atau bekas-bekas mereka.

Zuraida, Zuraida…

Sumber: https://www.facebook.com/220524935369705/posts/1001038883984969/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS