Pemuda Bersatu puji Muhyiddin, prihatin dengan keluh kesah rakyat

Pemuda Bersatu puji Muhyiddin, prihatin dengan keluh kesah rakyat

Pemuda Bersatu menyifatkan langkah diumumkan kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) amat kritikal untuk mengekalkan kecairan dalam ekonomi di akar umbi.

Selain itu, apa yang dilaksanakan juga akan memelihara asas ekonomi daripada risiko keruntuhan, serta membuat persediaan untuk memacu fasa pemulihan apabila ekonomi dibuka secara beransur-ansur kelak.

Ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya juga bersyukur kerana dua isu yang diangkat telah diterima baik dan diintegrasikan sebagai sebahagian daripada pakej ini iaitu moratorium automatik serta pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mereka yang layak.

“Untuk menyokong PEMULIH, rangkaian Pemuda Bersatu sedia main peranan melalui program #ArmadaPrihatin dan usahasama dengan rakan sayap pemuda Perikatan Nasional untuk membantu rakyat khususnya peniaga kecil-kecilan dan perusahaan kecil dan sederhana mikro (PKS mikro) untuk mendapatkan manfaat daripada program yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Pemuda Bersatu berterima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas keprihatinan kepada keluh kesah rakyat dan mendengar pandangan yang diutarakan sepanjang beberapa libat urus yang dipelopori sebelum ini.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/28/pakej-pemulih-langkah-kritikal-kerajaan-kekal-kecairan-ekonomi-akar-umbi-kata-pemuda-bersatu/?fbclid=IwAR1MrTDpr4BY-lAN2y7I28cN1eJAKLMnRG9YMKHLj-nY59lByZdGLwH_VWk

CATEGORIES

COMMENTS