Panas! Dr Rafidah persoal kerajaan PN, strategi keluar PKP apa dia?

Panas! Dr Rafidah persoal kerajaan PN, strategi keluar PKP apa dia?

Kepada pengurusan tertinggi kerajaan; saya ada beberapa soalan. Ya lah saya hanya mampu bekerja dihospital. Saya tidak mentadbir negara. Saya tidak faham, jadi saya hanya mampu bertanya.

Ini adalah Xray paru-paru seseorang bukan warganegara. Muda lagi, tiada penyakit kronik. COVID19 kategori 5 dan memerlukan bantuan pernafasan. Untuk yang tidak tahu tompok-tompok putih itu lah COVID19. Datang bekerja di Malaysia, yalah kan industri banyaknya masih berjalan. Essential katanya.

Keadaan tempat tinggal sesak. Jangkit menjangkiti antara satu sama lain. Saya tidak faham; bukan kah KKM lama dah highlight isu perumahan mereka? Siapa yang patut selesaikan perkara ini? Takkan ini pun tanggungjawab KKM? Mereka ini semua manusia juga; siapa nak tengok kebajikan mereka? Siapa nak tolong mereka dengan SOP? Siapa nak aturkan vaksinasi mereka?

Hari-hari melihat statistik kluster tempat kerja dominasi carta. Saya tak nampak macamana ini nak turun dengan lock-down separa masak sebegini.

Yang terseksa adalah peniaga-peniaga kecil. Mereka hilang punca pendapatan. Berapa ramai golongan M40 turun ke B40. Yang memang B40 macamana mereka? Please think about them.

Nak tutup, tutup semua.
Nak bukak, bukak semua.
Terima sahajalah jika fasiliti kesihatan tidak mampu lagi nak menampung. Saya dah pasrah.

Maaf, saya tidak nampak halatuju.
Buat strategi keluar baik-baik. Perincikan betul-betul. Ataupun adakah ini salah saya sebab tak faham strategi yang ada? Mungkin lah agaknya.

Current status is not helping anyone.
Repeating the same cycle is definitely not helping anyone.
People are suffering.
These are human beings.
PLEASE.

Rafidah Abdullah
Pakar yang saban hari melihat kesengsaraan.

Sumber: https://www.facebook.com/1027823540/posts/10222751031297550/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS