Bendera putih: Zolkharnain tak setuju dengan Mufti Pulau Pinang

Bendera putih: Zolkharnain tak setuju dengan Mufti Pulau Pinang

Sorilah mufti. Mufti P Pinang yg dilapor berkata, tidak wajar kibar bendera putih kerana itu mencerminkan sikap putus asa dan mengalah dgn situasi yang dihadapi, aku tidak setujui sama sekali.

Pandangan mufti itu tidak tepat dgn realiti dan tidak membumi. Ini bukan soal tidak ada bantuan, tetapi bantuan yg diterima memang tidak memadai utk menampung keperluan makanan harian.

Contoh. Jika terima bantuan agensi kerajaan RM500 sebulan, bapa tak ada kerja, ibu perlu urus rumah, ada lima anak, dua sekolah menengah, dua sekolah rendah, satu masih kecil, cukupkah?

Itu situasi tidak terlalu kritikal. Jika lebih kritikal, macam mana? Misalnya bapa sakit, ibu kena jaga bapa, anak² semua kena ikut PdPR, sewa rumah, air, api, ubat, gas, top up, beras, lauk, minyak, ubat nyamuk… jangankan RM500, jika RM1000 pun separas hidung saja.

Pengibar bendera putih bukan pengalah dan bukan pemutus asa, tapi itulah sebahagian ikhtiar yg berupaya dibuat dlm suasana kini.

Bantuan yg agensi kerajaan bagi sebenarnya hanya menampung sebahagian keperluan asas. Jika bukan dlm suasana pandemik, sebahagian lagi boleh ditampung oleh kerja² sampingan yg boleh dibuat oleh mana² ahli keluarga.

Tapi dlm suasana kerja tiada, apa pilihan yg ada jika tidak ada makanan selain drpd angkat bendera putih?

Sepatutnya mufti tidak memberi komen dgn nada mempersoalkan usaha orang ramai utk memudahkan proses menghulur bantuan. Dengan bendera putih itu, urusan pemberi bantuan dan penerima bantuan menjadi lebih mudah.

Bukankah memudahkan urusan sebahagian tuntutan agama? Maaflah… Sebenarnya sebahagian pemegang jawatan besar dalam kerajaan tidak merasai keperitan hidup orang yang hilang pendapatan.

Mereka anggap semua orang senang dan sedap seperti mereka. Sila keluar dari bilik ekon, pakai selipar, jalan kaki masuk kampong, cari rumah orang tak ada makanan, barulah tahu bendera putih perlu atau tidak.

Sumber: https://www.facebook.com/1284707753/posts/10219969099039545/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS