Kenapa PKPD di KL dan Selangor selepas sebulan lockdown, adakah sebab takut buka Parlimen?

Kenapa PKPD di KL dan Selangor selepas sebulan lockdown, adakah sebab takut buka Parlimen?

1- Kenapa PKPD di Lembah Klang, Selangor tidak dilaksanakan seawal 1 Jun dalam tempoh kononnya Total Lockdown dilaksanakan ? Kenapa laksana 1 Julai ? Mengapa terus mendera Rakyat.. apakah Bagi mengelakkan pembukaan Parlimen..

2- Sudah pasti Kerajaan akan mempunyai sebab, Bukan hanya menangguhkan Parlimen, Hatta menukar peraturan Mesyuarat Parlimen dengan pelbagai alasan kononnya wabak semakin merbahaya….

3- Kami di Ipoh dan beberapa Daerah di Perak telah melaksanakan PKPD 10-14 hari sebelum Total Lockdown dilaksanakan biarpun kes di daerah KINTA, Ipoh tidak seteruk lembah Klang dan Selangor..

4- Aku bukan lah warga KL dan Selangor untuk berasa marah..Tapi bagi Kerajaan yang tidak bermaruah, Mereka bukan saja telah melakukan Jenayah keatas Ekonomi, Aku anggap perlaksanaan PKPD di Lembah Klang dan Selangor selepas sebulan tempoh Lockdown adalah satu jenayah Kemanusiaan tanpa sebarang Persediaan dan bantuan.. Nak bagi rakyat terus bunuh diri ?

5- Bila niat yang tak betul, takkan datang keberkatan..Maka lahir lah sebuah Kerajaan Gagal..Tapi apa depa ni peduli.. Janji Kuasa masih ditangan.. Tak pernah aku tengok sebuah Kerajaan dan seorang PM tak bermaruah seperti PN dan Mahiaddin.. 🙂

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4318103351544755/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS