Pemimpin Pas kata rakyat tak terima bantuan sebab malu

Pemimpin Pas kata rakyat tak terima bantuan sebab malu

ADA pula yang bertanya mengenai bendera putih. Saya tidak menentang. Jika itu jalan terakhir yang membolehkan bantuan diterima. Silakan. Tetapi jadikan ia jalan terakhir, bukan yang utama.

Kerajaan telah umumkan bantuan RM300 ribu bagi setiap Parlimen. Ia meliputi Parlimen kerajaan atau pembangkang. Jadi semua rakyat boleh hubungi Ahli Parlimen atau pusat khidmat masing masing. Malah saya yakin sebelum ini pun bantuan telah tiba dan sentiasa ada.

Itu satu di antara puluhan pakej bantuan yang diumumkan Perdana Menteri dalam Pakej Pemulihan Negara. Bantuan wang cash juga diperuntukkan dengan pelbagai peluang. Ia seakan ulangan pakej bantuan pertama dulu. Semuanya menyasarkan rakyat. Namun ia perlu disusun sebaiknya agar tepat sampai ke sasaran.

Saya punyai banyak maklumat dan pengalaman mengenai kisah bantuan ini. Pusat Khidmat PAS sentiasa hidup sama ada di kawasan menang atau kalah. Itu perkara biasa dan rutin bagi PAS sejak dulu. Bukan hanya bantuan malah tenaga ketika musibah. Tak perlu diulang cerita mengenai Jabatan Amal atau tentera merah dari PAS.

Isu yang berlaku mungkin kerana maklumat tidak sampai. Sewajarnya penyebaran maklumat bantuan itu disebar-luaskan. Peranan ini peranan komuniti dan masyarakat. Sebab itu Islam mementingkan kita memberi perhatian berkaitan jiran. Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud:

“Aku sentiasa diwasiatkan mengenai jiran (oleh Jibrail) sehingga aku menyangka ia mewarisi.”

Masyarakat yang terputus bekalan lebih aula (utama) mengadu kepada jiran dan sahabat serta rakan. Jika mereka tidak mampu, mereka boleh menyalurkan ke tempat dan sasaran yang betul. Pengalaman saya bersama NGO SEMARAK dan PU Syed membuktikan bahawa kaedah ini lebih baik dan menjaga maruah diri.

Kadang-kadang permohonan dan pengaduan itu datang dari luar kawasan atau negeri. Jalinan sesama kami akan menyalurkan maklumat kepada sasaran yang betul supaya boleh diziarah dan mendapatkan maklumat keperluan yang sepatutnya untuk bantuan.

Saya bukan tidak setuju dengan bendera putih, tetapi kebanyakan yang tidak mendapat bantuan ini kerana malu mengadu, mempertahankan maruah. Apakah mungkin mereka akan memasang bendera putih? Sedangkan mengadu dengan adik beradik, jiran dan sahabat pun mereka tidak sanggup, inikan mengisytiharkan kepada umum.

Apa yang lebih mengecewakan apabila tersebar satu tangkap layar bahawa kempen kibar bendera putih ini adalah bermotif kempen politik. Ia satu yang sangat jahat. Mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat. Mencagar maruah golongan memerlukan demi keuntungan politik.

YB Ustaz Idris Naib Presiden PAS telah mengarahkan (satu arahan ulangan) kepada jentera PAS agar mencari golongan memerlukan. Jangan tunggu mereka mengadu atau memasang bendera putih.

PAS miliki jentera kebajikan yang tidak pernah berhenti. Sukarelawan yang sentiasa berlumba membuat kebajikan. Tanpa panggilan, mereka bergerak mencari peluang pahala. Ini didikan yang kami terima sepanjang usrah bersama. Jangan malu hubungi Pusat Khidmat PAS. Maruah anda akan terpelihara, keluarga anda kami akan bela.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/01/bendera-putih/

CATEGORIES

COMMENTS