Panas! Pemuda ini soal, apakah Pas sedar kesan terhadap tindakan mereka sekarang?

Panas! Pemuda ini soal, apakah Pas sedar kesan terhadap tindakan mereka sekarang?

Sentimen yang dinyatakan oleh anak muda dalam gambar, sebenarnya dikongsi ramai golongan, termasuk anak-anak muda dan mereka yang mencari alternatif dalam ruang politik tanah air.

Pada saya, apa yang berlaku pada Pas sekarang macam tragedi Yunani. Melalui pelbagai “mehnah dan tribulasi”, tapi pada akhirnya melakukan kesilapan kerana keangkuhan sendiri.

Apakah Pas selepas ini akan menjadi Prometheus, yang dibelenggu pada batu karang, untuk menunggu burung mengoyak dadanya, tapi dalam masa yang sama, menyalahkan para dewa?

Apakah Pas akan menjadi “past”?

Saya tidak tahu. Tapi pada saya, apa yang mereka lakukan sekarang, parutnya akan kekal lama dalam sejarah.

Yang celakanya, parut itu bukan saja akan mencemarkan Pas berpuluh tahun akan datang, malah akan digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai “precedent” untuk pukul borong hal-hal yang berkait dengan Islam.

Wallahua’lam

Sumber: https://www.facebook.com/100000019900840/posts/4419674228043197/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS