Pas mampu pimpin Malaysia: Nyata buktinya, gagal – Muhaimin

Pas mampu pimpin Malaysia: Nyata buktinya, gagal – Muhaimin

Kita adalah masa kini. Masa lalu adalah sejarah. Masa hadapan adalah ketentuanNya dan harapan. Ukuran manusia berdasarkan pengamatan lahiriah. Soal ukuran kerohanian dan spritual itu milik Tuhan Yang Maha Bijaksana. Tetapi manusia gemar mengambil tugas Tuhan dan berlagak seperti tuhan.

Covid 19 bermula semasa detik-detik terakhir Mahathir memegang tampuk kekuasaan. Mahathir gagal mengawal anak-anak buahnya yang ghairah berkuasa daripada kuasa yang sediada. Mahathir gagal menghargai peranan dan kesungguhan sebahagian daripada pimpinan PH yang setia. (termasuk saya)

Tidak sampai sebulan peralihan kuasa secara kotor berlaku, negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Konon atas sebab bagi menangani Covid 19 yang meliar. Oleh kerana peralihan kuasa dibuat atas ayat-ayat suci agama dan atas nama bangsa, tiadalah upaya daya melainkan saya sebagai penulis mencatatkan segala-galanya sepanjang tempoh tersebut buat generasi masa hadapan.

Kini sudah lebih setahun, PKP tidak berkesan. Istihar darurat pula, parlimen digantung, perbelanjaan mewah, menteri mangkok dan segala macam yang menjolok hati dan mata berlaku di depan dan di belakang mata. Islam dan Melayu sekadar dijadikan agama dan bangsa yang menjadi jajan buat budak-budak hingusan.

Setakat pagi ini, negara kita tidak sekadar menuju kegagalan tetapi jauh lebih tragik lagi. Saudara sendiri rasakannya dari lubuk hati paling dalam. Ini bukan masalah bendera putih atau hitam. Bukan.

Rakyat tidak mampu mengeluh, merintih dan mengkritik lagi. Rakyat hanya meraung kesakitan yang tidak tertahan. Kalian diamkan semua itu, kerana masing-masing ada kedudukan dan perutnya kenyang!

Sumber: https://www.facebook.com/721134167/posts/10159388228254168/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS