Zahid sindir cybertrooper PN, tak rasa bersalah ke pertahan kegagalan kerajaan?

Zahid sindir cybertrooper PN, tak rasa bersalah ke pertahan kegagalan kerajaan?

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid menyeru pasukan media siber pro kerajaan berhenti mempertahan kerajaan masa kini.

Tanpa menyebut nama pihak tertentu, Ahmad Zahid mempersoalkan sikap mereka yang seolah-olah berasa tidak bersalah mempertahankan kerajaan yang dikatakan gagal mentadbir negara.

“Adakah anda langsung tiada “empati” terhadap rakyat yang sedang dihimpit kesengsaraan? Apakah anda tidak berasa bimbang negara seakan-akan di landasan yang tersasar?,” kata beliau dalam Facebooknya hari ini.

Ujar Ahmad Zahid, pihak tersebut seharusnya memahami denyut nadi rakyat bawahan yang kemungkinan terdiri dalam kalangan ahli keluarga, rakan dan jiran.

Tegas beliau, di dalam keadaan sekarang rakyat adalah keutamaan negara dengan mereka adalah masa depan tanah air.

“Jangan lupa ada sebahagian anggota masyarakat kita tidak ‘bermazhab’ politik. Mereka hanya mahu hidup selesa di sisi keluarga, oleh itu, fikirkan tentang mereka juga.

“Oleh kerana itu saya dan UMNO akan terus menyuarakan kepentingan rakyat serta negara,” katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/nasional/politik/2021/07/apakah-tidak-rasa-bersalah-mempertahankan-kegagalan-kerajaan/

CATEGORIES

COMMENTS