Viral! Cikgu ini tempelak orang yang perlekeh Bendera Putih

Viral! Cikgu ini tempelak orang yang perlekeh Bendera Putih

Jujur aku kata, aku sangat kecewa dengan respon agamawan bila mereka ulas tentang isu bendera putih.

Isu kibar bendera putih ini cukup simple. Siapa yang terdesak sangat, kibarlah.

Orang sekeliling yang nampak, terus boleh bantu.

Tak perlu kaitkan dengan doa kerana aku yakin mereka yang mengibar ini sentiasa berdoa.

Tak perlu pula kaitkan ia akan memalukan ketua kampung, imam masjid, zakat, adik-beradik dan sebagainya.

Ia adalah keperluan yang terdesak.

Mereka perlu bantuan serta merta.

Ia bukan petanda jiran tak cakna dan sebagainya seperti yang didakwa.

Pada aku, kempen kibar bendera putih bagi sesiapa sahaja yang terdesak adalah satu kempen bagus.

Tak perlu nak politikkan. Tak perlu nak sekat.

Rakyat sentiasa bersedia nak tolong sesama rakyat yang dalam kesusahan.

Pemimpin politik jika tak mampu nak bantu duduk diam-diam.

Jangan sekat usaha rakyat nak bantu rakyat dengan pelbagai alasan.

Tak mampu bantu, diam. Itu lebih baik dari ulas negatif tentang usaha ini.

Selamat pagi dunia!

#RakyatJagaRakyat #MFS Mohd Fadli Salleh

Sumber: https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fxbgsx666%2Fposts%2F4316476478373914&show_text=true&width=500

CATEGORIES

COMMENTS