Dari sudut undang-undang, kerajaan PN sudah terbubar, Mahiaddin wajib letak jawatan

Dari sudut undang-undang, kerajaan PN sudah terbubar, Mahiaddin wajib letak jawatan

1- Bila UMNO malam tadi secara rasminya keluar dari gabungan kerajaan PN, Secara rasminya Kerajaan PN terbubar, Sama ketika Bersatu mengumumkan keluar dari gabungan PH, PM yang bermaruah patut meletak jawatan..

2- Biarpun takrif Perlembagaan seorang calon PM itu mesti pada hemat YDPA mesti mendapat kepercayaan Majoriti Ahli dewan Rakyat.., dalam kes Muhiaddin dia hanya dilantik sebagai PM dari surat sokongan Presiden Presiden parti termasuk GPS dan UMNO..

3- Begitu juga PH masa awal kemenangan PRU 14, Tun Dr Mahathir dilantik hanya melalui sokongan Presiden Parti, Namun PKR , DAP, Amanah dan Bersatu dalam satu gabungan rasmi, Maka jelas ia sokongan dalam satu gabungan, Berbeza lantikan Mahiaddin yang agak pelik ,dia dilantik hanya dari Surat Presiden Presiden parti biarpun waktu itu bukan dalam gabungan..

4- malah Mahiaddin dilantilk pada ketika itu jelas ada MP dari parti Bersatu sendiri pada waktu itu tidak menyokong Mahiaddin.. Maksudnya Mahiaddin berbohong dengan Sokongan dia sendiri..Sehingga hari ini sokongan kepada Mahiaddin tak pernah dibuktikan di Parlimen..

5- Dah takda jalan keluar bagi Mahiaddin seperti belenggu penyakitnya.. Mahiaddin wajib letak Jawatan.. Dan menjadi Tugas Peguam negara, Speaker menasihatkan YDPA , Dengan Kuasa YDPA ketika Dharurat untuk mengadakan satu sidang Parlimen Khas Parlimen yang pernah di mohon Tun Mahathir pada 26 Feb 2020 memilih seorang PM Interim..

6- Jangan ada langkah pelik lagi bagi perlantikan seorang PM sebagaimana perlantikan PM Mahiaddin dulu.. Maka berhati hati lah dengan Perangkap dan Tipudaya UMNO.. dan.. 🙂

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4336707779684312/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS