Terkini! Muhyiddin bakal mengadap Agong petang ini?

Terkini! Muhyiddin bakal mengadap Agong petang ini?

Buat masa ini tiada perancangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

Perkara itu ditegaskan sumber kerajaan kepada Utusan Malaysia.

Kenyataan itu sekali gus menafikan laporan sebuah portal pada sebelah pagi yang mendakwa Muhyiddin akan menghadap Agong dipercayai bagi memohon perkenan melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Terdahulu satu sumber memaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi setakat ini tiada perancangan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Tiada dalam perancangan untuk presiden menghadap Agong hari ini.” jelas sumber ringkas.

Awal pagi tadi, Ahmad Zahid mengumumkan parti itu menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Susulan itu, beliau mendesak Muhyiddin berundur daripada jawatan Perdana Menteri secara terhormat setelah kepemimpinan Presiden Bersatu itu gagal menguruskan negara yang dilanda pandemik Covid-19 serta menjaga kebajikan rakyat.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2021/07/kemelut-pn-muhyiddin-menghadap-agong-petang-ini/?fbclid=IwAR3bRU-wm9ojOiN3PETXBquf7ZvWBVgL4rOAMOwC_a1NpRZMAMdCVI7gVig

CATEGORIES

COMMENTS