Parti Pejuang diluluskan melalui perintah mahkamah, bukan tiba-tiba lulus

Parti Pejuang diluluskan melalui perintah mahkamah, bukan tiba-tiba lulus

1- Ada sahabat tanya dan komen kat aku tadi, Katanya kebetulan hari ini pendaftaran Pejuang diluluskan.. Pasti ada kena mengena dengan tindakan UMNO menarik sokongan kepada Mahiaddin.. Semau seperti dirancang..

2- Beginilah.. Aku bukan sokong Pejuang, dan aku merasakan Parti seperti ini tidak ada masa depan.. Tapi bila kita nak komen, Kita kena bersikap Adil.. Meneliti fakta.. Ini Ustaz pun main tibai semacam tanpa Tabayyun.

3- Untuk Pengetahuan, Pendaftaran Pejuang sudah beberapa kali dbawa ke Mahkamah, dari Mahkamah Tinggi ,Sehingga ke Mahkamah Rayuan mencabar ROS dan Menteri dalam Negeri..Yang Terakhir melalui semakan kehakiman..

4- Sila Baca Laporan Akhbar, Mengikut Awani sendiri.. Mahkamah Tinggi pada 26 Jun memerintahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin membuat keputusan berhubung rayuan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) untuk mendaftar parti itu dalam tempoh 14 hari bermula semalam.

5- Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membenarkan permohonan Pejuang untuk semakan kehakiman terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu.

6- dah beberapa kali Menteri KDN dan ROS melengahkan keputusan Sehingga mendapat Perintah Mahkamah, keputusan Mesti dibuat dalam tempoh 14 hari.. Kebetulan hari ini adalah hari ini adalah hari hari terakhir tempoh diberikan Mahkamah..

7- Jadi sebellum berteori dengan berTeori Konspirasi dan Dajjal seperti geng anti Vaksin, Diharapkan rajin membaca.. Kalau mengajar Ilmu Hadis, dari sudut Disiplin.. perawi ni dah kira fail dah.. 🙂

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4337766972911726/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS