Saarani mahu semua pihak hormati keputusan MKT Umno

Saarani mahu semua pihak hormati keputusan MKT Umno

Badan Perhubungan UMNO Perak mahu semua pihak menghormati keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang dibuat pada 7 julai.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor khususnya ketika rakyat sedang mendepani suasana semasa yang sukar.

“Keputusan MKT pada 7 Julai dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor khususnya mendepani suasana sukar yang sedang dihadapi segenap lapisan rakyat ketika ini.

“Mengharungi realiti politik yang kian mencabar, ancaman terhadap amalan demokrasi berparlimen serta tuntutan mendesak supaya hambatan ganas pandemik COVID-19 segera diurus dengan sewajarnya, UMNO perlu menunjukkan keazaman politik dalam membuat keputusan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Justeru Menteri Besar Perak itu berkata kepimpinan negeri akan terus menggembleng kekuatan untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat yang terjejas.

Malah katanya kerajaan negeri juga akan terus berusaha dalam memastikan program vaksinasi COVID-19 dapat dijayakan.

Sementara itu dalam kenyataan sama Saarani turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang masih-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan.

“Berbekalkan pengalaman luas, kedua-dua pemimpin UMNO ini diharap dapat memanfaatkan sebaiknya jawatan yang disandang untuk membantu

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-perak-mahu-semua-hormati-keputusan-mkt-307551

CATEGORIES

COMMENTS