Gempar! Rafidah Aziz dilobi sebagai PM interim

Gempar! Rafidah Aziz dilobi sebagai PM interim

Satu petisyen dalam talian melobi Rafidah Aziz sebagai perdana menteri interim, mendapat lebih 400 tandatangan walaupun perkara itu mustahil berlaku.

Mengikut petisyen di Change.org itu, negara ini memerlukan pentadbiran interim untuk menggantikan “kerajaan Perikatan Nasional yang tak boleh diharap dan tidak cekap.”

Petisyen yang dimulakan seseorang bernama Willy Lim itu berkata, kerajaan interim  merangkumi pasukan profesional bagi menangani krisis ekonomi dan kesihatan sedang dihadapi.

Menurut petisyen itu, kerajaan interim memerlukan pemimpin tegas yang berkecuali tanpa kepentingan politik, selain rekod prestasi terbukti baik.

“Satu-satunya individu untuk tugas ini adalah Tan Sri Rafidah Aziz. Kita perlu menggalakkan beliau supaya menerima jawatan berkenaan.”

Setakat 7.40 malam petisyen itu menerima 462 tandatangan.

Bagaimanapun, Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan mengatakan, seorang perdana menteri mestilah Ahli Parlimen yang dianggap Yang di-Pertuan Agong mampu mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat.

Rafidah bagaimanapun, masih berpeluang menjadi menteri jika beliau dilantik sebagai senator.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu yang turut digelar “Wanita Besi”, dilantik sebagai senator pada 1974 sebelum meletak jawatan untuk bertanding pada pilihan raya umum 1978.

Mengikut Perkara 45 (3) dan (3A) Perlembagaan Persekutuan, seseorang boleh menjadi senator selama dua penggal berturut-turut iaitu tiga tahun setiap satunya.

Petisyen untuk Rafidah menjadi perdana menteri interim susulan gesaan supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan selepas keputusan Umno menarik balik sokongan terhadapnya.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/09/petisyen-dalam-talian-tersebar-nama-rafidah-naik-jadi-pm-sementara/?fbclid=IwAR0hr3dJhsMzjlxjXZ6P2q6vrMBeRFf1ldjO4XYHZCcY_SmYmHcw2TYux3w

CATEGORIES

COMMENTS