Kematian anggota nasyid Rabbani akibat Covid-19 adalah contoh kesan dari kelemahan saringan oleh kerajaan dan KKM

Kematian anggota nasyid Rabbani akibat Covid-19 adalah contoh kesan dari kelemahan saringan oleh kerajaan dan KKM

1- Membaca laporan kematian bekas anggota kumpulan Nasyid Rabbani Azizan Khalid akibat covid-19 adalah contoh terbaik bagaimana kesan dari tindakan Kerajaan mengurangkan saringan Covid-19 boleh sebabkan kematian..

2- Apapun dari laporan, Azizan susah hampir seminggu demam dan tak kebah kebah, Hadir bertemu doktor dia hanya diberikan Drip atau memasukkan air kedalam badannya pada hari isnin,

3- Bila demam masih belum kebah pada hari berikutnya..Barulah ujian Swab atau Covid-19 dilakukan pada hari selasa.. itu pun terpaksa menunggu keputusan 2 hari, dalam keadaan demam dibenarkan Pulang.. dan keesokan harinya ketika sarapan dia mengalami sesak Nafas..

4- Mengikut laporan, Azizan tidak punya rekod penyakit kritikal.. orang yang sihat dan masih muda..Bila demam tidak kebah melebihi 3 hari sepatutnya dia sudah diletakkan di wad.. sejak awal Swab test perlu diadakan tambah tambah tempat tinggal di lembah Klang lokasi beresiko dan kawasan dilanda wabak..

5- Kematian akibat Covid-19 hanyalah Asbab dari ketentuan Allah.. Namun itulah gambaran banyak kematian hari ini yang ditakrif brought in dead (BID), banyak kematian sepatutnya boleh dielakkan jika sistem kesihatan kita diperkukuhkan..saringan dilakukan besar besaran..

6- Kalau ikutkan tanda demam tidak kebah, Pada hari isnin sudah sepatutnya saringan dibuat oleh doktor..Lebih teruk ramai yang mengadu ketika ini, Saringan dibuat hanya kepada mereka ditakrif Kontak Rapat biarpun ramai dari mereka sudah ada simptom.. Sebab apa dasar Kerajaan yang mengurangkan jumlah saringan..?

7- Seperti aku tulis sebelum ini, Inilah bahayanya Kerajaan mengurangkan saringan..Bila saringan kurang, Mereka yang berpotensi sebarkan wabak dalam Komuniti.. Contoh kematian Anggota Rabbani tersebut satu contoh bagaimana kegagalan saringan dibuat sejak awal oleh Doktor sendiri..

8- Apa tujuan kurangkan saringan ? Hanya sebab nak nampakkan Lockdown ala PN berhasil kurang kan kes, Terlalu nak bermain politik..Sehinggakan kadar positivity rate meningkat kepda 9% biarpun saringan itu berkurang.. Mereka lebih nak jaga kepentingan Politik dari kesihatan rakyat.. dan akhirnya kes Melonjak kembali..

9- Apapun ini wajah Kerajaan yang tak bermaruah dan gagal..Dah seteruk ini masih mahu bertahan dan tidak mahu mengundurkan diri.. Inilah wajah Pengkhianat yang gilakan kuasa yang akhirnya memangsakan rakyat.. 🙂

ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4340662752622148/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS