Azwan Bro giat buat program di Dun Sg Manik, mahu lawan Zainol

Azwan Bro giat buat program di Dun Sg Manik, mahu lawan Zainol

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun menggunakan pendekatan berbeza untuk membantu penduduk di sini yang terkesan akibat wabak Covid-19 apabila mewujudkan jual barang keperluan harian pada harga rendah.

Ia dilaksanakan menerusi jualan secara kios, iaitu Kios Bergerak Azwan Bro  yang menjual barang  keperluan harian dengan potongan harga yang jauh lebih rendah berbanding harga semasa.

Menurutnya, jualan lima kilogram beras, gula, tepung, susu pekat tin, kopi, kicap, telur sepapan, ayam segar dan bihun kesemua dijual pada harga RM50 berbanding RM70  mengikut harga biasa.

“Ketika kios bergerak ini dilancarkan dua minggu lalu di Chikus, Langkap lebih  150 pembeli mendapat manfaat.

“Pada hari ini, kios bergerak di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Salak ini, lebih 300 orang dari sekitar Labu Kubong dan Chenderong Balai mendapat tawaran potongan harga istimewa.

“Kios ini merupakan antara cara yang kami gunakan untuk membantu rakyat yang terkesan Covid-19 selain bantuan secara langsung iaitu sumbangan kotak makanan secara percuma kepada penduduk yang memerlukan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai kibaran bendera putih sebagai isyarat ada penduduk yang terputus bekalan makanan, Khairul Azwan berkata, setakat ini perkara itu tidak dikesan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik.

“Rakyat yang memerlukan bantuan boleh memaklumkan kepada pemimpin di sini malah UMNO bahagian sentiasa menyalurkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan,” katanya.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2021/07/kios-bergerak-azwan-bro-tawar-barang-harga-rendah/

CATEGORIES

COMMENTS