Lelaki ini jawab tuduhan cybertrooper Pas, kegagalan PN hari ini ‘disebabkan’ oleh Anwar

Lelaki ini jawab tuduhan cybertrooper Pas, kegagalan PN hari ini ‘disebabkan’ oleh Anwar

Kegagalan PN hari ini adalah “disebabkan” oleh Anwar Ibrahim – Dr Tanaka Mustafa

Oleh : Aman Muhammad.

Aku nak respon sket tulisan Tanaka Mustafa yang ni.

1) Kau sendiri akui Azmin ialah individu yang bermasalah dalam PKR, dan individu bermasalah ini yang dipertahankan oleh PAS dan sedang berada dalam kerajaan sekarang.

2) Turns out, it happened. Azmin mengkhianati PKR dan PH tumbang. Dan orang yang mengkhianati parti tu yang jadi Menteri MITI hari ni yang benarkan kilang-kilang jangkitan tinggi Covid-19 beroperasi sampai rakyat Malaysia marah gila kat Azmin sehinggakan sanggup serang Azmin di wall fb menteri Austria.

And yet, ia bukan tulah sebab pengkhianatan Azmin?

3) And also, it happened. Mahiaddin bawa keluar Bersatu dari PH. Ia tetap satu pengkhianatan walau dilihat dari sudut mana pun. Dan pengkhianat ini disokong oleh PAS, dan sokongan itu menjadikan Mahiaddin sebagai PM.

Dan apa tulahnya selepas lebih satu tahun Mahiaddin sebagai PM?

Dengan apa yang dah jadi pada negara hari ini, kau masih nak menyalahkan PH hanya sebab PKR gaduh ngan Bersatu, kah?

Sungguh melucukan.

4) “Mempercayai Tun M” adalah perkara biasa. Sebagaimana rakyat “mempercayai RUU355 PAS”, begitulah konteks yang sama.

Atau sebagaimana rakyat pada awalnya “Mempercayai PN lebih baik dari PH”, and turns out PN lebih teruk dari PH bahkan patut kata PN lebih teruk dari BN itu sendiri.

PH merasai pengkhianatan Tun M.
Namun rakyat merasai pengkhianatan PN.

5) Hakikatnya, PAS jelas terjebak dalam pengkhianatan ini. Tanpa sokongan PAS, Mahiaddin dan Azmin tidak akan mampu jadi kerajaan.

Ironi sungguh, PAS di zaman Nik Aziz dulu amat marah jika berlaku ‘rampasan kuasa’ dengan lompat parti. Nik Aziz dulu pernah kata rampasan kuasa (Perak) ni kerja orang fasiq. Bahkan lebai-lebai PAS masa tu keluar fatwa HARAM, BERDOSA, NERAKA dan sebagainya.

Dan hari ini PAS langgar habis apa yang Nik Aziz sebut dan fatwa-fatwa mereka. Apakah ini satu ‘politik dinamik PAS’ yang selalu kau sebut tu?

6) dan akhirnya, inilah ‘tujuan utama’ , menyalahkan Anwar Ibrahim. Apa yang berlaku ke atas negara hari ini, adalah salah Anwar Ibrahim kerana gagal kawal Azmin dan percaya kepada Mahathir.

What a totally BS.

7) Punyalah Tanaka misleading nak salahkan Anwar Ibrahim semata-mata nak tutup kegagalan Mahiaddin-Azmin-PAS memerintah negara.

Senanglah walaun jawab lepas ni:

a. Kenapa kes Covid-19 meningkat hari ini?
= sebab Anwar Ibrahim gagal tangani krisis dalaman.

b. Kenapa kes rakyat bunuh diri semakin meningkat?
= sebab Anwar Ibrahim gagal tangani krisis dalaman.

c. Kenapa hari ini ramai pelabur lari dan tidak yakin dengan kerajaan PN?
= sebab Anwar Ibrahim gagal tangani krisis dalaman.

d. Kenapa Menteri PAS langgar SOP sampai ke hari ini siasatan ‘didiamkan’?
= sebab Anwar Ibrahim gagal tangani krisis dalaman. Kalau Anwar berjaya lebai PAS takkan dapat jadi Menteri, jadi ini semua salah Anwar sebab tu lebai jadi Menteri.

Jadi Tanaka, kau ulanglah jawapan salahkan Anwar tu sampai lebai PAS mampos.

Sekian.
🙂

Sumber: https://www.facebook.com/100000224282948/posts/4880946175256144/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS