Panas! Mazlan dedah pelupusan hutang peneroka Felda ada ‘syarat’

Panas! Mazlan dedah pelupusan hutang peneroka Felda ada ‘syarat’

Seperti mana kenyataan pada 7 Julai 2021 yang lalu, saya mengalu alukan pengumuman YAB PM sempena Hari Peneroka mengenai pelupusan hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Saya telah dihubungi ramai peneroka dan waris/Generasi Baharu Felda mengenai beberapa isu berkaitan.

1. Terma perjanjian yang dianggap berat sebelah,

2. Penyata Penghapusan hutang yang mengelirukan/tidak menggambarkan jumlah sebenar hutang peneroka,

3. Tempoh 14 hari yang terlalu singkat, apatah lagi di waktu covid 19, waris( Generasi Baharu Felda) berhadapan dengan kekangan rentas negeri/daerah untuk berbincang dengan bapa atau adik beradik.

Justeru, saya merayu kepada pengurusan tertinggi Felda agar tempoh 14 hari yang diberikan hendaklah dilanjutkan kepada suatu tempoh yang lebih munasabah. Juga, penglibatan Ngo2 Felda agar pindaan terhadap terma perjanjian dapat dibuat.

Saya telah mendapatkan kerjasama dari pengamal undang2 yang biasa terlibat dengan kes peneroka, untuk membuat semakan. Input awal akan diperolehi tidak lama lagi.

Semoga keharmonian dikalangan warga Felda samada peneroka, Generasi Baharu Felda dan pengurusan Felda kekal padu.

Datuk Mazlan Aliman
Mantan Presiden,
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)
10 Julai 2021

Sumber: https://puteradaily.com/panas-pelupusan-hutang-peneroka-terma-perjanjian-dianggap-berat-sebelah-mazlan/

CATEGORIES

COMMENTS