Terkini! Orang Asli ambil tindakan mahkamah terhadap Kerajaan Pas Kelantan

Terkini! Orang Asli ambil tindakan mahkamah terhadap Kerajaan Pas Kelantan

Tiga Orang Asli dari Gua Musang akan memfailkan permohonan prosiding hina mahkamah terhadap kerajaan Kelantan dan 13 yang lain berkaitan kes pencerobohan tanah adat mereka.

Peguam mereka, Rajesh Nagarajan berkata, defendan terlibat tidak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi pada 18 Mac lalu supaya menghentikan semua kerja di tanah penduduk berkenaan serta-merta.

“Kami hanya mendapat tahu perkara itu semalam dan akan memfailkan prosiding hina mahkamah dengan kadar segera,” katanya kepada FMT.

Pada 18 Mac lalu, tiga penduduk itu – Ahak Uda, 54, Aziz Angah, 33, dan Anjang Uda, 30 – memfailkan saman bagi pihak 200 keluarga di dua penempatan Orang Asli di Gua Musang. Mereka memperoleh injunksi supaya kerja di tanah itu dihentikan serta-merta.

Plaintif mendakwa tanah adat mereka digunakan untuk aktiviti termasuk pembalakan serta penanaman kelapa sawit dan getah, seterusnya menjejaskan mata pencarian mereka.

Plaintif menamakan Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd, Redstar Capital Sdn Bhd, Aqua Orion Sdn Bhd, Damai Corporate Services Sdn Bhd, Sindiyan Sdn Bhd dan Sindiyan Agro Park Sdn Bhd sebagai responden pertama hingga keenam.

Sementara itu, Ladang Kelantan Sdn Bhd, Ikrar Bumi Sdn Bhd, Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd, Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd, Pejabat Tanah dan Galian Kelantan, Jabatan Perhutanan Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli serta kerajaan negeri dinamakan sebagai defendan ketujuh hingga ke-14.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/11/isu-tanah-adat-orang-asli-mahu-ambil-tindakan-hina-mahkamah/

CATEGORIES

COMMENTS