Gempar! Dinding Masjid SPPK di conteng dengan cat merah

Gempar! Dinding Masjid SPPK di conteng dengan cat merah

Polis sedang menyiasat laporan  kejadian conteng cat merah di tembok pagar pintu masuk sebuah masjid di Taman SPPK, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan polis itu dibuat seorang pesara berusia 60 tahun yang merupakan ahli jawatan kuasa masjid tersebut.

Katanya, semasa tiba di masjid berkenaan pada pukul 5.15 pagi, pengadu mendapati terdapat tulisan berwarna merah yang berbunyi; ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’ di tembok pagar utama masjid berkenaan.

“Ketika kejadian, hanya pengadu dan isterinya sahaja berada di kawasan sekitar.

“Pengadu memberitahu, setiap pagi dia akan memasang bacaan Al-Quran selama kira-kira 10 minit sebelum mengalunkan azan Subuh,” katanya di sini hari ini.

Yahaya berkata, pengadu memaklumkan tiada individu mahupun kumpulan pernah menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan bunyi yang kuat dari masjid.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pelaku terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat,” katanya.

Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/polis-siasat-kejadian-conteng-dinding-masjid/

CATEGORIES

COMMENTS