Langgar SOP: Kes Neefola dan suami ditangguh lagi!

Langgar SOP: Kes Neefola dan suami ditangguh lagi!

Sebutan semula kes selebriti popular Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya yang didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di kedai karpet di Nilai ditangguhkan kepada 12 Ogos depan.

Peguam, Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail memberitahu, kes itu sepatutnya disebut semula di Mahkamah Majistret Seremban esok.

“Mahkamah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini atas alasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) masih dikuat kuasa di Seremban,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Neelofa dikenakan jaminan RM5,000 oleh mahkamah dan menghadapi tuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika memasuki premis terbabit.

Muhammad Haris pula dibenarkan jaminan RM10,000 bagi dua tuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika memasuki premis selain tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Mereka dituduh mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/14/kes-langgar-sop-neelofa-suami-tangguh-12-ogos/

CATEGORIES

COMMENTS