Lelaki kantoi berkhalwat di rumah janda, dicekup menyorok bawah katil

Lelaki kantoi berkhalwat di rumah janda, dicekup menyorok bawah katil

Hanya kerana ingin mengelak daripada ditahan oleh pegawai masjid dan anggota polis, seorang lelaki sanggup berpeluh menyorok di bawah katil rumah janda kerana disyaki sedang berkhalwat di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah semalam.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib, lelaki yang berusia 32 tahun itu dikatakan terpaksa menyorok di bawah katil gara-gara bimbang dirinya dicekup berkhalwat dan dia memberi alasan hanya menumpang sahaja di rumah janda yang berusia 33 tahun itu.

Jelasnya lagi, serbuan dijalankan pada pukul 7.30 pagi dan hasil pemeriksaan mendapati rumah berkenaan turut dihuni oleh bapa serta tiga anak wanita berkenaan.

Bapa wanita itu dipercayai sakit dan ketika inilah lelaki itu mengambil kesempatan menumpang di rumah wanita berkenaan.

Ujarnya, pasangan tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri ataupun mahram.

Walau bagaimanapun, mereka telah ditahan kerana disyaki berkhalwat dan kemudiannya dibawa ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Jika didapati bersalah pasangan berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/730634/lelaki-berpeluh-di-bawah-katil-rumah-janda

CATEGORIES

COMMENTS