PM dan Menteri Kesihatan, berhentilah berbohong tentang tahap sistem kesihatan negara

PM dan Menteri Kesihatan, berhentilah berbohong tentang tahap sistem kesihatan negara

1- Malam tadi aku tengok video pengakuan Pelakon Rebecca Nur Al Islam sendiri bagaimana suaminya yang sesak nafas, menunggu hampir 2 Jam, Tidak ada satu Hospital yang dapat menerima pesakit.. Itu tara Nasib pelakon yang suaminya datuk.. agaknya bagaimana layanan pada orang biasa dan rakyat marhaen hari ini..

Kenyataan seperti ini bukannya baru.. banyak da aku dengar.. hari ini orang yang bergelar Datuk pun dah takda tempat untuk mereka..

2- Jadi PM dan Menteri berhenti berbohong tentang masalah sistem kesihatan kita.. Kononnya dari lawatan PM ke Hospital Ampuan Rahimah Klang, Semuanya Ok.. Semua terkawal..Hakikatnya, realiti yg berlegar dalam video, Media sosial keadaan sebaliknya..

3- Kenyataan Mahaiddin ketika mengumumkan plan Pemulihan mengatakan sistem kesihatan kita terkawal..Semalam dia dakwa lagi, Semua nya dalam Keadaan OK.. Bagaimana ada tajuk berita sebut, Kerajaan akan mempertimbangkan tambahan peruntukan dan bantuan, Kalau mempertimbangkan itu satu gambaran Kegagalan..Ini bukan masa untuk pertimbangan, Ini waktu perlaksanaan..

4- Jika yang Berbohong itu orang Politik, Memang itulah sifat orang Politik..tapi kalau ada Pengarah..Pentadbir KKM hatta Doktor sendiri berbohong atas tahap sistem kesihatan kita hari ini.. Ia satu bencana dan keadaan Menakutkan kita..

5- Aku sejak Januari menulis, Pentingnya sistem kesihatan kita dipertingkatkan, Aku sebut dengan Jelas menumpukan kepada usaha Vaksinasi saja tidak tepat..tapi ada orang pertikai.. dan hari ini terbukti semua masalah berada di hadapan kita..Kematian sebab sistem kesihatan kita lumpuh..

6- Apakah ini ” Kegerunan” yang disebut dalam Doa Tok Guru Nik Aziz akibat dari ” Pengkhianatan ” KEGERUNAN” dan ” KETAKUTAN” tu benar benar terjadi dihadapan kita atas sebab pengkhinatan.. 😉

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4356575817697508/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS