Terkini! Bekas menteri dipenjara 5 tahun kerana rasuah

Terkini! Bekas menteri dipenjara 5 tahun kerana rasuah

Bekas menteri perikanan Edhy Prabowo dijatuhi hukuman penjara lima tahun hari ini selepas disabitkan dengan tuduhan rasuah berkaitan dengan eksport benih udang karang.

Prabowo, 48, antara lebih sepuluh suspek yang ditahan tahun lalu atas dakwaan menerima suapan kerana mengeluarkan permit eksport hidupan laut itu.

Penghantarannya dilarang ketika di bawah penyandang jawatan terdahulu susulan isu kelestarian.

“Defendan dibuktikan bersalah melakukan rasuah,” kata Hakim Albertus ketika menjatuhkan hukuman ketika pendengaran menerusi video disebabkan sekatan Covid-19.

“(Prabowo) tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai pegawai kerajaan,” katanya.

Mahkamah Jakarta turut memerintahkan Prabowo membayar denda lebih 11 bilion rupiah (RM3.2 juta) dan ganti rugi atau berdepan tambahan dua tahun di penjara.

Rasuah menjadi masalah besar di negara itu apabila ahli politik dilihat sebagai pegawai kerajaan paling korup.

Dalam kes berasingan, bekas menteri hal ehwal Indonesia Juliari Batubara masih menunggu hukuman dijatuhkan terhadapnya atas tuduhan mengambil rasuah berjumlah AS $1.2 juta berkaitan bantuan makanan kepada golongan terkesan akibat pandemik.

Tahun lalu, bekas menteri sukannya pula dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas didapati bersalah menerima suapan berjumlah AS$800,000.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/07/15/bekas-menteri-indonesia-dipenjara-5-tahun-atas-tuduhan-rasuah/

CATEGORIES

COMMENTS