Gempar! Lelaki ditemui mati tergantung di flat

Gempar! Lelaki ditemui mati tergantung di flat

Seorang lelaki ditemukan m*ti terg**tung di kediamannya di sebuah flat di Bidor semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 9.22 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya polis di lokasi, lelaki berusia 39 tahun itu telah diturunkan oleh jiran setelah dimaklumkan isteri mangsa.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba untuk memberi bantuan sejurus selepas kejadian.

“Mayat mangsa telah di hantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan di bawah laporan mati mengejut,” katanya.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2021/07/16/lelaki-ditemukan-mati-tergantung-dalam-flat/

CATEGORIES

COMMENTS