
Panas! Bekas ketua pengarah kesihatan dakwa Noor Hisham tidak tegas dan nasihatnya tidak didengar
KETUA pengarah kesihatan bak “harimau tak bertaring” kerana tiada siapa mendengar nasihatnya tentang cara menguruskan pandemik Covid-19, kata bekas ketua pengarah kesihatan Dr Mohamed Ismail Merican.
Katanya, Dr Noor Hisham sepatutnya bertegas dan tidak membenarkan sebarang perhimpunan sosial diadakan ketika negara sedang berdepan krisis kesihatan awam.