Kerajaan teruskan momentum kegagalan, 93 orang mati hari ini

Kerajaan teruskan momentum kegagalan, 93 orang mati hari ini

Kementerian Kesihatan melaporkan 12,366 kes baharu Covid-19 dan 93 kematian, manakala 7,567 pesakit pulih.

Ini menjadikan keseluruhan 798,955 daripada 939,899 pesakit Covid-19 sudah sembuh, manakala angka korban pula meningkat kepada 7,241 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 133,703 kes aktif di seluruh negara, dengan 448 daripada 924 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 5,524 kes.

Kuala Lumpur mencatatkan 1,580 kes, menjadikan keseluruhan jangkitan di Wilayah Persekutuan itu kini mencecah 100,752 kes.

Ia disusuli Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701), Sabah (657), Pulau Pinang (460), Sarawak (351), Melaka (309), Perak (295), Pahang (288), Terengganu (190), Kelantan (179), Putrajaya (50), Labuan (17) dan Perlis (dua).

Daripada jumlah kes baharu itu, lapan ialah kes import dan baki 12,358 kes penularan tempatan membabitkan 10,002 warganegara serta 2,356 warga asing.

Hisham berkata, 52 kes yang dilaporkan hari ini adalah Kategori 5, manakala 33 adalah Kategori dan 93 kes Kategori 3.

Beliau berkata, 93 kematian itu terdiri daripada 91 warganegara dan dua warga asing, dengan semua kecuali 12 orang mempunyai sejarah penyakit lain.

Katanya, 10 daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.

Selangor mencatatkan angka korban tertinggi dengan 31 kes, disusuli Johor (16), Melaka (sembilan), Kedah (lapan), Pahang (tujuh), Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (lima), Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak (dua) serta Terengganu (satu).

Setakat semalam, Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 1.14.

Terengganu mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.30, disusuli Kedah (1.24), Sabah (1.23), Putrajaya (1.22), Pulau Pinang (1.20), Johor (1.18), Negeri Sembilan (1.17), Pahang (1.16), Selangor (1.15), Melaka (1.14), Kuala Lumpur dan Perak (1.10), Kelantan (1.09), Sarawak (0.92), Labuan (0.77) serta Perlis (0).

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/20/12366-kes-covid-19-selangor-tertinggi/

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    เว็บสล็อตมาแรงที่กำลังเป็นที่นิยมยอดฮิตในหมู่นักเล่นสล็อต นักพนันสล็อต นักสปรินสล็อต ไม่มีใครไม่รู้จักสล็อตเว็บนี้ ภาพสวยคมชัด เล่นง่าย เป็นค่ายที่มีเกมสล็อตเยอะมากที่สุด มีมากกว่า 200 เกมให้คุณเลือกเล่นได้ตามใจชอบ อัพเดทเกมใหม่ๆ อยู่เสมอ เป็นค่ายเกมสล็อตที่เล่นง่าย เป็นที่ถูกใจคอปั่นสล็อตทั้งหลาย เพราะแจ๊คพอตแตกบ่อยมากๆ

  • comment-avatar

    Deposit can be withdrawn as a capital to play online slots. Usually auto deposits in other camps or through True Wallet will be paid before playing as a bet with an automatic system format at least several hundred baht. https://ipro369.com/

  • comment-avatar

    🔥ช่วงเวลานาทีทอง🔥 🎮เกมส์ใหม่มากมาย จากค่ายดัง🎮 สมัครสมาชิกฟรี ไม่มีขั้นต่ำ สมัครวันนี้รับสูตรสแกนฟรี ย้ำ ฟรี!!! คลิกเลย👉🏻 http://www.ipro369.com

  • comment-avatar

    free local singles
    [url=”http://datingsitesfirst.com/?”]xhamster dating[/url]

  • comment-avatar

    over 50 dating singles
    [url=”http://datingsitesfirst.com/?”]the dating blogs 2007[/url]

  • Disqus ( )