Mengaku langgar SOP: Netizen berang Sanusi hanya kena kompaun RM1,500 saja, double standard

Mengaku langgar SOP: Netizen berang Sanusi hanya kena kompaun RM1,500 saja, double standard

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membayar kompaun RM1,500 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) berkait pandu uji sebuah pikap di Juru, Pulau Pinang, 5 Jun lalu.

Seorang pembantu Sanusi mengesahkan jumlah itu dibayar kepada Bahagian Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar semalam.

Katanya, polis menyerahkan notis kompaun itu kepadanya semalam.

Sebelum ini, Bukit Aman dilaporkan berkata, jumlah kompaun itu akan ditentukan pihak berkuasa kesihatan kerana membabitkan undang-undang pencegahan penyakit.

Pada 5 Jun lalu, seorang wanita melalui Facebook mendedahkan beliau ternampak Sanusi dan dua pembantunya memandu uji sebuah pikap berharga RM211,000 di Juru Auto City.

Sanusi bagaimanapun menafikan beliau memandu uji kenderaan itu, sebaliknya berkata, jurujual yang memandu kenderaan itu.

Nini Siron, 36, mengambil gambar dan video ketibaan Sanusi di sebuah pusat pameran kenderaan di Juru Auto City sebelum memuat naiknya ke Facebook.

Wanita itu kemudian membuat laporan polis pada hari sama yang menjadi asas kepada siasatan terhadap Sanusi memandangkan pandu uji tidak dibenarkan ketika PKP yang mula berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menjelaskan kejadian itu, Sanusi berkata, ia berlaku secara kebetulan ketika beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat.

Katanya, beliau berhenti untuk membeli “roti dan air” di kedai RM2 di Juru Auto City dan ternampak pusat pameran Ford bersebelahan sebelum berbual dengan jurujualnya.

Sanusi kemudian menerima tawaran jurujual untuk menaiki kereta terbabit di kawasan sekitar sebelum bergerak ke Kuala Lumpur.

Beliau kesal dengan tindakan Nini yang tidak mendapatkan penjelasan sebelum memuat naik ke Facebook tetapi berjanji akan membayar denda yang dikenakan terhadapnya atau jurujual itu, jika didapati bersalah.

Beliau juga dipetik sebagai berjanji akan membelikan Nini sebuah telefon pintar lebih baik bagi membolehkannya membuat rakaman video lebih “bermanfaat”.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/19/mb-kedah-bayar-kompaun-rm1500-langgar-sop/

CATEGORIES

COMMENTS