Lelaki ziarah kubur dikompaun RM2,000

Lelaki ziarah kubur dikompaun RM2,000

Seorang lelaki dikenakan kompaun RM2,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan ziarah kubur sempena Aidiladha, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP fasa satu perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) jam 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam FELDA Palong 12 dan 13 di sini.

Beliau berkata, anggota polis mendapati lelaki itu datang bersama dua anak saudaranya ke tanah perkuburan berkenaan bagi tujuan ziarah.

“Berikutan menziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan, lelaki itu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Chang Hook berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi semua SOP ditetapkan, termasuk tidak dibenarkan menziarah tanah perkuburan dan aktiviti ziarah sepanjang sambutan Aidiladha.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/07/841563/lelaki-ziarah-kubur-dikompaun-rm2000

CATEGORIES

COMMENTS