Panas! Penerbit filem ‘Babi’ didakwa

Panas! Penerbit filem ‘Babi’ didakwa

Penerbit filem kontroversi bertajuk ‘Babi’ didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem tersebut dan mempamer poster tanpa lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), November tahun lepas.

Toh Han Boon, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan PJU 7/8, Mutiara Damansara, di sini pada 6 petang, 18 Nov 2020.

Dia dituduh mengikut Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244 Pindaan 2013) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali, sehingga kes selesai.

Peguam Haijan Omar yang mewakili Toh membantah syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan dengan alasan ia tidak munasabah serta syarat itu tidak diperlukan bagi kesalahan di bawah Akta Finas.

“Anak guam saya boleh datang ke mahkamah mengikut tarikh yang ditetapkan. Saya juga memohon jaminan rendah kerana pendapatannya turut terjejas berikutan situasi negara yang sedang mengalami pandemik COVID-19,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Pada Disember tahun lepas, Bernama melaporkan Persatuan Seniman telah membuat laporan polis terhadap filem ‘Babi’ yang ditayangkan di luar negara kerana dipercayai mempunyai unsur perkauman dan didakwa telah menjejaskan imej Malaysia.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penerbit-filem-babi-didakwa-terbit-filem-tanpa-lesen-finas-309551

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    เว็บสล็อตมาแรงที่กำลังเป็นที่นิยมยอดฮิตในหมู่นักเล่นสล็อต นักพนันสล็อต นักสปรินสล็อต ไม่มีใครไม่รู้จักสล็อตเว็บนี้ ภาพสวยคมชัด เล่นง่าย เป็นค่ายที่มีเกมสล็อตเยอะมากที่สุด มีมากกว่า 200 เกมให้คุณเลือกเล่นได้ตามใจชอบ อัพเดทเกมใหม่ๆ อยู่เสมอ เป็นค่ายเกมสล็อตที่เล่นง่าย เป็นที่ถูกใจคอปั่นสล็อตทั้งหลาย เพราะแจ๊คพอตแตกบ่อยมากๆ

  • comment-avatar

    Deposit can be withdrawn as a capitalto play online slots. Usually, auto deposits in other camps or through True Wallet will be paid before playing as a bet with an automatic system format, at least several hundred baht. https://ipro369.com/

  • comment-avatar

    dating site
    [url=”http://datingsitesover.com/?”]free christian dating sites[/url]

  • comment-avatar

    completely free dating site
    [url=”http://onlinedatinglook.com/?”]farmer only dating[/url]

  • Disqus ( )